ye benar semua orang boleh berkata apa sahaja...
tapi tak semua tu yg tak betul
biasa laa manusia yang buruk semuanya nampak
yang baik sikit pun tak nampak
dah lumrah alam mcm tu..hehe
swasta waima keje apa pun ada baik dan buruk nya...
cth dah terkena kat aku pasal kad ASTRO aku hilang
ni kronologinya..boleh laa nilai sendiri
pertama
Tuan/Puan
Masalah smarcard ASTRO
1. 7/5/2007(ISNIN)-saya ada memohon penggantian smarcard ASTRO saya yang telah hilang melalui internet.
2. 8/5/2007(SELASA)-menerima panggilan dari pihak ASTRO untuk pengesahan penghantaran smartcard ASRTO dan melalui perbualan menyatakan akan dipos dlm jangkamasa 1-2hari.
3. 18/5/2007(JUMAAT)-saya membuat panggilan ke 1300-82-3838 dan bercakap dengan Puan/Cik YANA memaklumkan masih belum terima smartcard ASTRO. Beliau menyatakan kebiasaannya penghantaran hanya memakan masa seminggu (7 hari)
Persoalannya hingga pada tarikh hari ini 22/5/2007 saya masih belum menerima smartcard ASTRO sedangkan saya memohon pada 15 hari yang lalu. Adakah permasalahan ini dari pihak saya atau pihak ASTRO sendiri dan sekiranya penghantaran masih belum dilakukan pada masa dan tarikh ini; dengan ini saya membatalkan permohonan penggantian smartcard ASTRO tersebut.
Sekian, harap maklum
yang ke 2
Tuan/Puan
Berlanjutan dari email yang saya hantar pada hari ini; saya telah menerima panggilan telefon dari pihak ASTRO tentang masalah penggantian smartcard ASTRO saya. Beserta jawapan yang kurang memuaskan hati; maka dengan ini saya menamatkan langganan ASTRO secara rasminya.
Sekian, terima kasih
p/s: opss ASTRO tu kerajaan ke swasta or whatever ya
bukan cari salah sesiapa tapi ????
pueh hati aku tamatkan langganan ASTRO

)