BTC USD 82,621.0 Gold USD 4,190.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Biar nampak MISKIN,,, tapi DUIT BANYAK..

matramlee

Active+ Member
Messages
3,241
Joined
Apr 6, 2012
Messages
3,241
Reaction score
272
Points
51
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

hri ni ak duk belek2 FB,,terjumpa ayat nih,,,

"BIAR NAMPAK MISKIN, tapi BANYAK DUIT..... jgn NAMPAK KAYA,tp DUIT SATU SEN pn x boleh bg kt MAK BAPAK"..


sedangkan MAK BAPAK lah yg sentiasa menjaga dan membesarkan kita selama nih...

so bila baca ayat tuh..teringat tempat praktikal ak..

selama ak praktikal di syarikat ni,,ak tgk mcm2 pangkat ada...

sorg ketua engineer,,beberapa engineer, beberapa technician dan jgk beberapa tech record@kerja ofis...




mula2 praktikal sana,,ak ngan geng2 praktikal ak mmg rapat dgn sorg pekerja tech record nih...gaji dia x sampai pn SERIBU...dan dia slalu ajak makan,minum..siap makan ikan bakar lagi...perghh

pernah jgk ak tlg geng2 technician...ad la sorg dua slalu ajak minum lpas SETEL kerja...

engineer plak,,mmg ssh nk ajak minum...kecuali kalau kitorang buat kerja dari pagi smpai petang x henti2,,smpai berpeluh2,,smpai kotor habis sume baju..barulah dia ajak minum..mkn xde...


ketua engineer plak,,,langsung x pernah ajak minum..sedangkan GAJI dkt 30ribu...




bila terpikir pikir balek,,mmg betol lah MANUSIA nih,,makin KAYA makin kedekut,,makin TAMAK..makin x cukup DUIT,,makin NAK DUIT...


so bila ak sedar benda tuh,,terus ak PIKIR,,kenapa boleh jd mcm tu?? ak mula bimbang...sbb cita2 ak mmg ak nk JADI kaya...

tp ak bimbang kalau ak KAYA,,adakah aku akan jd KEDEKUT,,TAMAK ?? kalau ak kaya, ak takut ak akan abaikan PARENTS aku..




so,,,bila PIKIR2,,ak buat beberapa andaian KENAPA ORG KAYA kedekut?? sbb utamanya,,ialah PERBELANJAAN makin banyak..kenapa boleh jd mcm tu?

pertama,,sbb bila KAYA,,mestilah nk pakai kereta mahal2...rumah mahal2...

ala,,malu la bro dgn member2,,gaji RM25 ribu ,,tp pakai proton je...apa barang bro..pakai lah FERRARI,,barulah dinamakan org KAYA..

rumah plak,,ala apa barang rumah flat,,rumah teres,,,kondo... pakai lah rumah BANGLO,,yg mcm ISTANA terus..kolam renang,,kolam ikan,,padang futsal,,gelanggang badminton,,bilik wayang,,studio,, semua ada kt rumah,,barulah ORANG KAYA,bro..


so mgkin sbb itulah diorang jd KEDEKUT dan TAMAK..sbb diorang sebenarnya TAK ADA DUIT...DUIT DIORANG habis dkat byr bulan2 kereta,,byr bulan2 rumah,,,MAINTENANCE kereta berapa juta ringgit,,minyak berapa ratus ringgit sehari,,maintenance rumah lg,,brang2 dapur rumah,,pakaian2,, dan mcam2...

sbb itulah diorang TIDAK AKAN PERNAH rasa cukup duit mereka itu..

Sebenarnya duit yang kita derma itulah (bahagian) kita punya,
yang simpan dalam poket tu belum tahu lagi...
Dalam poket ni boleh jadi pomen punya,
boleh jadi klinik punya,
yang mestinya waris punya..
Kita punya yang mana?
Yang sedekah itulah yang kita punya..



so,,ak akan cuba tanamkan dlm diri aku,,,KALAU LAH AK KAYA,,,biar lah ak HIDUP SEDERHANA je..rumah teres biasa pn jd lah...kereta biasa2 pn jdlah,,,JANJI SELESA...

so jika hidup bersederhana mcm ni,,GAJI dkt RM30 ribu,tp hidup sederhana,,,konfem akan banyak DUIT LEBIH...so dgn duit lebih tu,,boleh la bg kt PARENTS sikit,,bukan sikit je,,bg bnyk pn no hal...boleh sedekah kt org yg memerlukan..dpt pahala pe...

sbb2 lain, korang PIKIR la sendiri....

600834_10151904593582402_165040447_n.jpg

lagipn DALAM ISLAM sendiri pn menggalakkan HIDUP BERSEDERHANA..

contoh NABI MUHAMMAD,,dalam hidup baginda,,,baginda tidak pernah hidup mewah....


meh ak copy PASTE satu artikel dari blog nihhh..
http://roslan2u.blogspot.com/2010/10/hai-anak-adam-pakailah-pakaianmu-yang.html

SEDERHANA TAKLUKI DUNIA

" Hai anak Adam pakailah pakaianmu yang indah (setiap) memasuki masjid, makan dan minumlah, dan jangan berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan".

Surah Al-A'raf : ayat 31.

Tafsiran Ringkas :

Islam mengajarkan umatnya untuk hidup sederhana. Islam menganjurkan kesederhanaan dimulai dari hal-hal kecil berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Cara berpakaian, makan dan minum. Ia sebagai satu latihan untuk kita bersederhana dalam perkara-perkara dan urusan-urusan yang lebih besar seperti cara berpolitik, menguruskan ekonomi dan cara beragama.

Kesederhanaan adalah sesuatu yang asas, jika diterapkan, akan berfungsi sebagai kuasa yang akan mempengaruhi diri setiap dari kita , lambat laun, akan menmimpin kita untuk mempersepadukan nilai-nilai serta asas-asas kebaikan, yang akan memperkuat hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan makhluk yang lain .

Kesederhanaan jika ia berdarah daging dalam diri kita akan berupaya untuk mengawal dan mengendalikan hawa nafsu serta mengelola emosi dengan baik. Mengendalikan emosi dan mengawal hawa nafsu memang bukan sekadar di bibir atau cakap-cakap kosong , tetapi memerlukan latihan dan kesungguhan dalam aplikasi sehari-hari. Paling tidak,saya dan anda tetap berusaha melatihnya seiring dengan proses hidup yang kita jalani. Mengendali hawa nafsu ini akan melahirkan kesan positif berupa kemampuan menentukan keutamaan, iaitu mendahulukan keperluan daripada keinginan. Sebagaimana anjuran Rasulullah " Sebaik-baik perkara adalah yang palin sederhana " hadis riwayat tarmizi.

Kesederhanaan yang dimaksudkan Rasulullah ialah kesederhanaan dalam bentuk apa jua pekerjaan yang kita lakukan, samada berkaitan dunia mahupun akhirat. Kita perlu mengimbangi antara tuntutan dunia dan akhirat. Umat Islam tidak sewajarnya terlalu mengejar hal-hal kedunian sehingga melupakan bekalan untuk akhirat, ataupun sebaliknya mengutamakan akhirat sehingga tidak mahu memajukan dirinya sehingga ketinggalan dalam urusan keduniaan.

Jika kita teliti dari ayat yang kita bincangkan, kita disarankan memakai pakaian yang cantik ketika beribadah kepada Allah, untuk membeli pakaian yang cantik kita perlu bekerja mencari rezeki dari sumber yang halal. Bukan hanya duduk berdoa menunggu rezeki turun dari langit. Begitu juga dengan dengan makanan, kita perlu berusaha untuk memperolehi makanan yang baik, lazat berkhasiat dan seimbang. Bukan menadah tangan mengharapkan belas kasihan orang lain. Penutup ayat itu memperingatkan kita supaya jangan berlebih-lebihan. Jika kita berpakaian jangan berlebih-lebihan sehingga datang rasa menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah atau terlalu labuh hingga menyeret tanah. Begitu juga dengan makan dan minum, makan hanya sekadarnya untuk mengalas perut untuk menguatkan kita untuk bangun beribadah.

Kesederhanaan boleh menyebabkan seseorang itu berfikir dengan matang, tenang dan memecahkan sebarang kebuntuan. Kesederhanaan juga boleh menyebabkan jiwa seseorang itu tenang justeru itulah sikap mudah hilang pertimbangan ini boleh membawa seseorang itu (ke neraka) kepada kebinasaan.Sikap melampau telah menyebabkan dunia bukan sahaja tidak aman, tetapi penuh kesengsaraan. Kerana itulah, melalui kesederhanaanlah keamanan sejagat mampu diraih dan dicipta.

Keamanan adalah nikmat yang tidak ternilai harganya setelah setiap manusia berjuang mengekang sikap dan tindakan melampau yang ada dalam hati masing-masing. Baik kesederhanaan itu dalam aspek psikologi, strategi, politik, ekonomi ataupun kemasyarakatan, sebenarnya Islam sejak kemunculan pertamanya sudah membuktikan kesederhanaan peribadi Nabi Muhammad s.a.w telah menyebabkan baginda terus dinobatkan sebagai manusia yang paling besar mempengaruhi manusia di sepanjang sejarah.

Berpesan seorang pemimpin "“Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua ". Abu Burdah berkata: “Rasulullah mengutus ayahku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersatu padu kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan mengutamakan kesederhaanaan dalam kehidupan , ada beberapa keuntungan besar yang diperolehi:

1. Selamat dari penyakit gila dunia, sombong, bakhil, riyak, ujub, mementingkan diri, pembaziran dan lain-lain penyakit mazmumah.

2. Kekayaan duniawi akan menjadi kepunyaan masyarakat sehingga setiap keperluan dan masalah orang miskin dan rakyat bawahan terbela, di samping terbangunnya tamadun Islam dengan pesat dan menyeluruh.

Kita mesti bersungguh-sungguh dalam kehidupan. Hanya bangsa yang bersungguh-sungguh sahaja yang akan berjaya dalam matlamat perjuangan mereka. Bersungguh-sungguh dalam soal-soal duniawi dan juga bersungguh-sungguh dalam soal akhirat. Bersungguh-sungguh dengan dunia, biar sesuai dengan kecilnya dunia yang akan kita tinggalkan. Dan bersungguh-sungguh-sungguh dengan akhirat biar sesuai dengan besarnya akhirat dan abadinya kita disana.

Sederhana juga bukan bermaksud mengambil jalan tengah antara dunia dan akhirat dengan mencampuraduk antara kebenaran dan kebatilan. Suatu ketika kita mendirikan solat dan ketika yang lain kita mengambil hak orang lain. Disuatu kita kita berpuasa berbuka dengan kurma dan susu di ketika yang lain kita meneguk arak dan memakan pil kuda. Di suatu ketika kita memegang sepanduk memperjuangkan Islam di ketika yang lain kita menghina dan memperlekehkan Islam. Di suatu ketika kita bernikah dan diketika yang lain kita berzina. Itulah fahaman salah mengenai kesederhanaan.

Kalau kita menyusuri perjalanan hidup Rasulullah, sejak kecil sehinggalah saat wafatnya, ternyata Baginda tidak pernah mengecapi hidup mewah. Dalam segenap sudut kehidupan Baginda, sama ada cara berpakaian, perhiasan, dalam soal makanan dan sebagainya, berada di paksi kesederhanaan. Padahal Baginda memang mampu untuk hidup bermewah. Namun keimanan yang jitu di dada Baginda justeru mengalahkan segala-galanya. Sesungguhnya sifat ini adalah pakaian peribadi orang yang beriman sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud).

Kesimpulannya, Kesederhanaan itu memiliki erti meminimakan sesuatu dari suatu sifat yang berkelebihan . Kesederhanaan meningkatkan kualiti gaya hidup dgan berjimat, menahan diri dari kemewahan,kemegahan dan pembaziran. Kesederhanaan menahan diri kita dari bertindak melampaui batas. Dengan kesederhanaan Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia walaupun dilebalkan sebahagai " Penganas". Dengan Kesederhaan kita menakluki dunia, tanpa kesederhanaan dunia akan menakluki kita.
 
Last edited:
besar periuk besar keraknya bro
 
Tengs TT atas perkongsian, artikel2 bgini sgt bagus di viralkan utk peringatan smua .. InsyaAllah kita smua dimurahkan rezeki dan x lupa diri .. Amin
 
0rg skrg kuat menunjuk2..
Nampak kaya , duit xdak..
Htg byk..
Malu pakai kete murah..
 
tp kalau periuk besar,,MAKAN sikit,,jnji hilang lapar,,,masak sikit aje nasi...kurang la sikit keraknya

Susah nak ckp la bro...memang ramai org sebelum kaya niat dia mcm tu....tp bila dia dah kaya....Allah bg dia dugaan yg lg berat...ada 2org dah yg aku kenal bila dah kaya raya...lain dah jadi niat dia huhu
 
Susah nak ckp la bro...memang ramai org sebelum kaya niat dia mcm tu....tp bila dia dah kaya....Allah bg dia dugaan yg lg berat...ada 2org dah yg aku kenal bila dah kaya raya...lain dah jadi niat dia huhu

tu lah pasal....x tahu lah mcm mana rasanya jd KAYA...bimbang jgk takut jd LUPA DIRI..
 
Susun kemas sikit la TT,srabut gak nk baca...
ai..ssh nk ckp..kmahuan dan kperluan..isu ni wujud zaman berzaman...:-?

well say bro..zaman skang ni kita a dsogokan dgn kbendaan...
hadith RASULULLAH saw..
"Setiap Umat ada fitnahnya,Fitnah umatku adalah harta"...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register