BTC USD 83,727.0 Gold USD 4,119.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beza Muhrim Dan Mahram

FAUZEY_FX

Passed Away
gem
Messages
20,671
Joined
Nov 13, 2010
Messages
20,671
Reaction score
847
Points
171
Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.


source
 
Takbiratul Ihram pulak ialah takbir yang mengharamkan (perkara harus)

Haraam ialah kawasan sekitar mekah

Haraam Jaddah!! pulah adalah perjalanan dari Mekah ke Jeddah (laungan pemandu teksi di Mekah)
 
Back
Top
Log in Register