hatsuharu
Fun Poster
- Messages
- 139
- Joined
- Jan 11, 2010
- Messages
- 139
- Reaction score
- 5
- Points
- 15
Dari Blog Expet
1. Apabila Mahathir melakukan lawatan rasmike Vatican bersama rombongan dari JAKIM termasuk Ustaz Uthman al-Muhammadi,suratkhabar dan TV memuji lawatan ini untuk keamanan dan kedamaian antara agama.
2. Apabila isteri Mahathir,Siti Hasmah mencium tangan Pope John Paul,maka para pegawai JAKIM,TV dan suratkhabar memuji dan memuja perbuatan tersebut sebagai bukti penganut Islam bertoleransi dan menghormati agama lain.
< Sekiranya Anwar yang melakukan perkara sebegitu is disifatkan "pluralisme" dan boleh mengancam akidah umat islam. Kalau Khalid Samad atau Mat Sabu mengikuti rombongan ini,maka TV dan suratkhabar akan menyiarkan kenyataan JAKIM mengenai kesesatan akidah mereka. Sekiranya Wan Azizah mencium tangan Pope John Paul,sudah tentu ia dianggap akan merosakkan akidah,menurut JAKIM.>
3. Apabila Mahathir melawat Antartika bersama beberapa orang chukong,editor akhbar,setiausaha politik dan ahli-ahli keluarganya,ia dianggap sebagai langkah bijak serta berwawasan membuktikan perdana menteri mempunyai pemikiran luas dan saintifik. Lawatan ini juga akan dipuji oleh para media sebagai memberi kebaikan kepada negara kerana ia akan menajamkan dan memberi ketenangan kepada pemikiran pemimpin negara.
< Sekiranya Anwar melakukan sedemikian,ia pasti dikatakan suatu pembaziran dan penyalahgunaan kedudukan sebagai pemimpin kerana tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara selain membazir masa dan wang.>
4. Apabila Mahathir menukar medium pengajaran Sains dan Metamatik ke dalam bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan dan membenarkan tuntutan supaya medium pengajarannya dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular,maka ia disifatkan tindakan baik dan berwawasan.
5. Ia juga membuktikan Perdana Menteri seorang yang berani dan tegas dalam membuat keputusan menukar kepada bahasa Inggeris untuk sekolah kebangsaan kerana memahami tuntutan kaum-kaum minoroti ( membenarkan medium dalam bahasa ibunda untuk sekolah vernakular ).
< Sekiranya Anwar yang melakukan perkara itu ia pasti dianggap satu pengkhianatan terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.Juga seorang yang bacul dan penakut kerana mendengar tuntutan oleh kaum minoriti. Perbuatan ini juga (sekiranya Anwar yang melakukannya ) boleh merosakkan masa depan anak-anak Melayu luar bandar. >