BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beyonce paten nama anak

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
hi_03.1.jpg


BEYONCE KNOWLES

PASANGAN selebriti Beyonce Knowles dan Jay Z mematenkan nama puteri pertama mereka, Blue Ivy Carter. Langkah tersebut diambil untuk mencegah kemungkinan penggunaan nama anak sebagai jenama dagangan produk-produk bayi oleh pihak lain.

Menurut laporan di dalam Aceshowbiz, pelantun lagu Ladies itu dan suami telah memfailkan permohonan ke Pejabat Paten dan Dagang Amerika Syarikat baru-baru ini, setelah terdapat beberapa pihak berusaha menggunakan nama anak mereka sebagai nama kedai dan sebagainya.

Sebelumnya, perancang busana Joseph Mbeh memakai nama Blue Ivy Carter NYC pada 11 Januari 2012. Sementara pemohon lain pula meminta menggunakan nama bayi mereka seperti Blue Ivy Carter Glory IV untuk produk wangian pada 20 Januari.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak dengan alasan nama Blue Ivy milik bayi Beyoncel dan produk yang menggunakan nama tersebut akan memberikan kesan yang salah kepada pelanggan.

Namun, ada satu butik di Wisconsin yang lebih dahulu menggunakan nama dagang 'Blue Ivy' sebelum anak Beyonce lahir dan ia kekal dengan nama tersebut.
 
nasib dlu mawi world xdipaten..klo x ksian mkcik jual tudung kena saman
 
hi_03.1.jpg


Menurut laporan di dalam Aceshowbiz, pelantun lagu Ladies itu dan suami telah memfailkan permohonan ke Pejabat Paten dan Dagang Amerika Syarikat baru-baru ini, setelah terdapat beberapa pihak berusaha menggunakan nama anak mereka sebagai nama kedai dan sebagainya..

sah berita dr indon ni:p

:)):))
 
nama anak aku nanti pon kena pattern jugak muahahahaha
 
blue ivy uh nama anak dia..x sedap langsung bunyi nye
 
dia nak share la tuu..kalau blue ivy carter ni masuk china..xleh makan sesen pon dia....
 
Back
Top
Log in Register