ipins
Active+ Member
- Messages
- 4,728
- Joined
- Dec 20, 2009
- Messages
- 4,728
- Reaction score
- 101
- Points
- 33
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tujuh dari kiri) bersama Ahmad Zahid Hamidi (enam dari kanan) dan Abdul Rahman Dahlan (enam dari kiri) serta Husni Salleh (lima dari kanan) bersama wakil syarikat penyumbang kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera selepas melancarkan BETR 2.0 Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) di Kuala Lumpur, semalam. utusan/FARIZ RUSADIO
KUALA LUMPUR 19 April - Hala Tuju Transformasi Eko*****nomi Bumiputera (BE*TR) yang bermula pada 2011 telah berjaya melahirkan ramai usa*ha*wan muda bumiputera de*ngan sifat daya saing yang tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Te*raju), Datuk Husni Salleh berkata, program seperti Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) yang dilancarkan pada 2014 telah berjaya membantu seramai 125 orang usahawan muda mereali*sasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
Katanya, penyertaan yang dite*rima setiap kali siri Superb dijalankan oleh Teraju juga meningkat dari semasa ke semasa dan ini jelas menunjukkan golongan muda hari ini bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Untuk itu katanya, Teraju akan meneruskan serta menambah baik program-program dan inisia*tif yang dijalankan dalam BETR 2.0 atau kini dikenali sebagai Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) bagi memastikan ada kesinambungan daripada program sebelum ini.
“Kita telah melahirkan gene*rasi dengan semangat juang yang tinggi dan kita mahu legasi ini diteruskan demi perjuangan agenda bumiputera, untuk memperkasakan bumipu*tera,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran BETR 2.0 Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan upa*cara pelancaran tersebut. Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Husni berkata, Teraju juga menyeru lebih ramai usahawan bumiputera untuk tampil ke hadapan dan merebut peluang-peluang yang diberikan melalui program dan inisiatif yang diperkenalkan agar dapat menyaksikan lebih banyak penyertaan bumiputera dalam projek berskala besar di negara ini.
“Kita juga telah berjaya mencipta nilai dan peluang perniagaan, pembiayaan serta pemba*ngunan modal insan untuk bu*miputera sebanyak RM108 bilion sehingga 31 Mac 2017 melalui 28 buah program dan inisiatif yang dijalankan sejak ditubuhkan pada 2011.
“Inisiatif seperti Carve Out and Compete yang diperkenalkan Teraju juga telah menyaksikan komitmen berjumlah RM54.24 bilion daripada 13 buah projek berjaya diperuntukkan khas kepada usahawan bumiputera,” katanya.
Sementara itu Pengerusi Teraju, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam ucaptama program perasmian itu berkata, Teraju melalui Majlis Ekonomi Bumiputera telah menyumbang secara keseluruhan RM100.4 bilion limpahan ekonomi bumiputera.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia juga telah mencipta sebanyak 40,629 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
http://http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/betr-lahirkan-usahawan-kompetitif-1.471550v