BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Betis lebam dipukul guru

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KUALA PILAH – Seorang pelajar tingkatan lima dari sebuah kolej di Port Dickson, lebam di kedua-dua belah betisnya selepas dirotan seorang guru lelaki tanpa sebab munasabah.

Abang kepada pelajar tersebut, Muhammad Kamaruzaman, 32, berkata, insiden itu berlaku pada 22 April lalu kira-kira jam 1.30 petang di padang kolej terbabit.

Menurutnya, ketika itu, adiknya masuk ke kelas bengkel elektronik seperti biasa, namun guru terbabit meminta membantunya menyusun barang mengikut prinsip amalan 5S (Sapu, Susun, Sisih, Seragam, Sentiasa Amal).

“Setelah selesai, adik saya pulang semula ke kelas yang diajar guru sama, namun secara tiba-tiba guru tersebut memarahi adik saya kerana lambat menyiapkan kerja elektronik yang diberikan.

“Walhal, pada awalnya, guru itu meminta adik saya menolongnya membuat kerja lain (susun 5S),” katanya.

Muhammad berkata, selepas itu adiknya dipukul menggunakan buluh panjang berukuran satu meter sebanyak tiga kali di bahagian betis di kedua-dua belah kaki di hadapan 60 pelajar lain.

"Bila saya mengetahui adik dipukul, saya pergi ke kolej dan membawanya ke hospital Port Dickson. Namun sebelum itu, saya sempat berjumpa dengan pihak pengurusan kolej dan mereka hanya memaklumkan akan menyiasatnya




sumber:http://www.sinarharian.com.my/betis-lebam-dipukul-guru-1.156686
 
Kesian sakit tue..
Aku xbg cikgu pukul anak aku.
Kita xtahu kekuatan budak takat mana.
 
emmm... ape kes sebenornye ning :-?
 
sib baik pukul kt betis kalo dibuatnya pukul kat kepala lg naya...
 
ganas cikgu skang..wartawan pun suka berita2 cmni

klo dlu repot kena sebat ni dorang xlayan sgt..makin kena kutuk masyarakat adela

skang dah ada kesedaran sikit cikgu2 ni jahat, bagusla hehe


.
 
klu kene pkol kat betis ngan rotan..mmg jadik mcm nih..
 
Kesian sakit tue..
Aku xbg cikgu pukul anak aku.
Kita xtahu kekuatan budak takat mana.

Bab nie saya setuju,walaupun nampak agak subjektif.
Pendekatan para guru terutama guru muda di zaman kini tak sama dengan guru muda di awal era 60'an hingga 80'an......mereke merotan dengan tujuan untuk mendidik,bukannya merotan sebab terikut dengan emosi diri.

Kuasa merotan patut hanya diberi kepada guru besar dan guru penolong kanan,hatta guru disiplin pun tidak patut diberi tugasan merotan,kerana dikhuatiri niat mereka akan bertukar sewaktu merotan pelajar.

Tidak hairan generasi masa kini tidak takut dirotan,malahan ada yang melawan,kerana merotan itu sendiri tidak menjurus kepada mendidik tetapi lebih kepada melepaskan amarah emosi yang hasilnya pasti meninggalkan perasaan dendam kepada yang terlibat.
 
ni mgkin kerja dah lama bagi,tp xsiap2 lg...
sbbt cikgu nek angin, cerita ni plak x lengkap.
 
Back
Top
Log in Register