BTC USD 43,317.4 Gold USD 1,749.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Betik subur baja najis ****

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PADANG TERAP: Cukup mengejutkan apabila sebuah ladang betik seluas kira-kira 250 hektar di Kampung Bukit, Naka, dekat sini, dipercayai menggunakan baja daripada najis **** bagi menambahkan kesuburan pokok selain meningkatkan kualiti buah berkenaan sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

Difahamkan, setiap hari bekalan najis seberat tiga tan akan dihantar ke ladang berkenaan dan dipercayai dibekalkan penternak haiwan itu yang berpusat di Kulim dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kedudukan ladang terbabit yang tersembunyi jauh dalam kawasan ladang getah dan kelapa sawit menyukarkan perbuatan itu dihidu pihak berkuasa serta penduduk setempat.

Menurut sumber, setiap urusan pembajaan, penjagaan pokok, penyemaian benih, pengutipan hasil dilakukan 87 pekerja terdiri daripada warga asing berasal dari Bangladesh dan India yang diupah pemilik ladang berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Ladang ini dipercayai dimiliki seorang peniaga warga tempatan berasal dari Bidor, Perak dan mendakwa mengusahakannya bersama seorang usahawan terkemuka negara.


“Saya tidak pasti sama ada dakwaannya benar ataupun tidak tetapi setahu saya ladang ini berada di bawah kawasan ladang tebu yang dimiliki sebuah syarikat,” katanya ketika ditemui Kampung Sungai Kap, dekat sini, semalam.

Menurutnya, najis berkenaan dibeli secara pukal dan difahamkan satu tan hanya boleh diperoleh pada harga serendah RM350.

“Kalau hendak dibandingkan dengan harga baja campuran asli lain seperti baja tahi ayam ia lebih murah berkali ganda manakala kualitinya lebih baik,” katanya.

Peniaga barangan runcit, Shampi Aiwan, 28, berkata penduduk di kawasan itu sememangnya tahu lori mengangkut najis **** itu sering ke ladang betik berkenaan kerana laluan kampung mereka digunakan setiap hari.

“Bagaimanapun, kami semua mula berang selepas najis berkenaan jatuh di sepanjang jalan sejak kelmarin menyebabkan bau busuk yang amat meloyakan.

“Kedua-dua anak saya demam selepas menghidu bau berkenaan manakala pelanggan juga tidak mahu masuk ke kedai saya menyebabkan kerugian ratusan ringgit,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, najis berkenaan sememangnya najis **** dan mereka mendakwa membawa bekalan itu ke ladang betik di kawasan berkenaan untuk dijadikan baja.

“Akibat tidak tahan dengan bau najis **** ini, saya menghubungi pihak Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati najis itu jatuh di sepanjang laluan termasuk di hadapan rumah dan masjid di kawasan berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk.

Sementara itu, Pembantu Penguasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT), Zahari Che Omar, berkata hasil pemeriksaan mengenai tumpahan najis **** di jalan raya itu membawa kepada penemuan sebuah ladang dipercayai menggunakan najis berkenaan sebagai baja.

“Kami akan melakukan siasatan lanjut dan sampel najis itu akan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Padang Terap untuk diuji, namun kami mengesyaki ia sememangnya najis **** berdasarkan bau dan warna najis yang ditemui di ladang ini,” katanya.


**** punya tauke

:mad::mad::mad:
 
Sponsored Post

JamBu

Active Member
Joined
Jul 3, 2008
Messages
1,518
Reaction score
1
Points
25
nak untung pnya pasal
ni la jd nyer..............
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register