BTC USD 84,566.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berwuduk dengan Doa

kancil biru

Legendary Member
gem
Messages
11,642
Joined
Apr 4, 2008
Messages
11,642
Reaction score
1,100
Points
191
Subject: FW: Berwudhuk Dgn [STRIKE]Niat[/STRIKE] doa...

Assalamulaikum,

Artikel ni u all probably dah tahu, tapi just for refreshing

Assalammualaikum ,



1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulutdan lidahku ini".


Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.




2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.





3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
.




4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
.



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal diatas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilahdosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.



7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah,bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Ikhlas kerana Allah. Amal maaruf nahil mungkar

Wasallam.[STRIKE][STRIKE][/STRIKE][/STRIKE]
 
Last edited:
bro sori tumpang tanya..macam aku sekarang kena chiken pox penuh kat muka n ada yg pecah...so bila aku angkat wuduk pada muka aku tak bleh sapu kan air..pedih gila bro...jadi aku main tepek2 jer air dimuka...so kira ok ker...
 
bro sori tumpang tanya..macam aku sekarang kena chiken pox penuh kat muka n ada yg pecah...so bila aku angkat wuduk pada muka aku tak bleh sapu kan air..pedih gila bro...jadi aku main tepek2 jer air dimuka...so kira ok ker...

bukan kah dalam ketegori wak nie leh guna tayamun..ia sama sahaja..yg penting niat kita hendak bersih dari hadas kecil
 
bukan kah dalam ketegori wak nie leh guna tayamun..ia sama sahaja..yg penting niat kita hendak bersih dari hadas kecil

kalau tayamum takut jangkitan pada ciken pox tu..lagi pon mana la nak cari pasir yg bersih area KK nie...so aku tak sapu cuma tepek2 air serata muka..
 
pernah ada kwn buat begini :

ambil beberapa ketul tanah yg bersih
tumbuk/kisar sampai halus kemudian letak dlm bekas ..
guna utk tayammum ..

p/s dari segi hukum saya tak pandai ..{ harap yg lain membantu }
 
info yg menarik..........
 
pernah ada kwn buat begini :

ambil beberapa ketul tanah yg bersih
tumbuk/kisar sampai halus kemudian letak dlm bekas ..
guna utk tayammum ..

p/s dari segi hukum saya tak pandai ..{ harap yg lain membantu }

yg ini saya pun x pandai..sb hal bersuci nie kena tanya kepada yg lebih berilmu
 
Back
Top
Log in Register