TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
Berurut di kalangan wanita hamil adalah suatu kaedah rawatan yang sangat baik melegakan teknan emosi dan fizikal bagi wanita hamil. banyak kajian yang mendapati wanita yang hamil akan mendapat manfaat yang besar apabila menjalani urutan terapi.
Namun begitu, pastikan orang yang mengurut itu adalah wanita-wanita yang bertauliah dan mengetahui tentang kehamilan. Jika tidak, urutan ini akan mendatangkan bahaya kerana tubuh wanita hamil tidak seperti wanita yang tidak hamil.
Ada sebilangan wanita tua yang mengaku pandai mengurut dan berpengalaman mengurut. Ini bukanlah syarat kelayakan untuk mengurut wanita hamil. Pilih wanita yang pernah mengikuti kursus dan mengetahui serba sedikit mengenai anatomy dan fisiologi manusia.
Antara faedah yang mungkin diperolehi dengan urutan terapi ialah
- mengurangkan sakit pinggang
- memperbaiki peredaran darah
- mengurangkan bengkakan pada tubuh
- mengurangkan ketegangan otot dan rasa sakit kepala
- mengurangkan tekanan mental dan kerisauan
- mendapat tidur yang lena
Urutan terapi ini boleh dilakukan di seluruh tubuh kecuali bahagian abdomen terutama apabila usia kehamilan belum mencapai 12 minggu. Banyak kes-kes keguguran diakibatkan oleh urutan pada abdomen oleh pengurut yang tidak berkelayakan.
Dalam perubatan moden, doktor pakar perbidanan ada masanya cuba melakukan teknik mengubah kedudukan bayi dalam kandungan agar ia tidak dilahirkan songsang. Namun ia amat berbeza dengan cara yang dilakukan oleh bidan. Ia memerlukan kemahiran yang tinggi.
Kaedah ini dinamakan sebagai External Cephalic Version dan ia mempunyai rekod kejayaan 70% bergantung kepada kepakaran dan pengalaman doktor berkenaan. Kajian mendapati, teknik ini haruslah dilakukan selepas usia kehamilan melebihi 37 minggu.
http://www.youtube.com/watch?v=6AM6wDwTjmc
Dengan cara ini, bayi tidak dilahirkan songsang. Kelahiran songsang boleh menyebabkan banyak komplikasi terutama kecederaan fizikal. Otak bayi juga boleh terjejas jika proses kelahiran bayi songsang ini mengambil masa yang lebih lama.
Selepas melakukan external cephalic version, doktor akan memantau pergerakan dan degupan jantung bayi dalam rahem selama 24 jam untuk memastikan bayi dalam keadaan selamat.
Pantauan ini dapat dilakukan dengan menggunakan bantuan imbasan ultrasound dan peralatan cardiotocograf. Ini kerana teknik ini boleh mendatangkan risiko bayi meninggal dunia dalam rahem.
Jadi cuba bayangkan jika teknik 'memusingkan bayi' dilakukan oleh bidan yang tidak berpengalaman. Bagaimana dia boleh memastikan bayi yang telah diubah kedudukannya masih selamat dalam rahim?
Saya sangat sedih apabila pesakit datang ke hospital atau pusat kesihatan mengadu tidak merasa pergerakan bayi dalam kandungan selama beberapa hari. Apabila dilakukan pemeriksaan imbasan ultrasound, didapati tiada lagi pergerakan bayi dan degupan jantung.
Kematian bayi dalam rahem adalah sangat tragik. Apabila sudah timbul cahaya harapan di hati sepasang suami isteri untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa, menunggu kehadiran orang baru dari hari ke hari, namun tiba-tiba mendapat berita buruk bahawa bayi itu telah meninggal dunia.
Seeloknya, sesuatu tindakan yang boleh mengancam nyawa bayi tidak dipandang ringan oleh ibu bapa. Perbuatan mengurut abdomen ketika hamil tujuan untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan oleh orang yang tidak berkemahiran dan berkelayakan adalah satu tindakan kecuaian. Bukan sahaja pihak yang mengurut harus dipersalahkan, tetapi pihak yang menyerah diri untuk diurut juga harus bertanggungjawab.
Kesimpulannya, jangan terlalu mudah mendengar nasihat daripada sesiapa sahaja. Saya bimbang percubaan kita untuk mengubah posisi bayi di dalam kandungan agar dapat dilahirkan dengan mudah menjadi satu peristiwa yang amat tragis.
Dalam al quran, ALLAH SWT berfirman:
“Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” (an-Nahl: 43)
Nasihat saya, dapatkanlah nasihat dari orang yang betul-betul faham tentang pekerjaannya.
Wallahu a'lam.
Sumber