BTC USD 80,786.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Bertumbuk kerana berebut parkir

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,716
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,716
Reaction score
1,682
Points
201
6100394148365452838_121.jpg

6100394148365452841_120.jpg

6100394148365452840_121.jpg

6100394148365452842_121.jpg

6100394148365452839_121.jpg



Bertumbuk kerana berebut parkir

ISKANDAR PUTERI – Dua lelaki bertumbuk di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah di sini dipercayai hanya kerana berebut petak parkir sehingga insiden itu tular di media sosial.

Pergaduhan tersebut tercetus selepas kedua-dua lelaki masing-masing berusia 21 dan 49 tahun bertikam lidah sebelum bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian berlaku antara seorang lelaki tempatan dengan seorang lelaki warga Singapura.

"Siasatan awal mendapati insiden berpunca daripada perselisihan faham ketika mereka cuba mengambil petak parkir kereta.

"Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang awam agar mengawal emosi dan mengamalkan sikap bertolak ansur ketika berdepan situasi yang boleh mencetuskan salah faham.

Sebelum ini, tular rakaman video di Facebook memaparkan suasana tegang apabila dua lelaki sedang bergelut di parkir sebuah pasar raya.

Menerusi hantaran tersebut, pergaduhan itu didakwa berlaku kerana terdapat satu kenderaan menghalang laluan disyaki menunggu giliran untuk memarkir kereta.


02 May 2025 1:02 pm
 
Back
Top
Log in Register