BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertemu selepas 60 tahun berpisah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_topright.pagespeed.ic.GVW1qmua3W.webp


KOTA BHARU: Seorang wanita yang terpisah dengan keluarganya yang berasal dari China sejak lebih 60 tahun lalu akhirnya dipertemukan di rumahnya di Kampung Paya Bemban, di sini, tadi.

Roslina Ahmad, 63, bertemu dengan ibu kandung, Huang Yi Giao,79, serta lima adiknya yang lain iaitu Yang Chui Qun,61, Yang Chai Qing,55,Yang Mie Lian,51,Yang Jun Na,52 dan Yang Xiao Fen,32.

Selepas dilahirkan pada 1950an di Gua Musang, dia diserahkan kepada keluarga angkat Melayu menyebabkan Roslina terus terputus hubungan dengan keluarga kandungnya.

Keluarga kandung Roslina yang berasal dari Hainan, China tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini, pagi semalam.


Roslina sebelum ini berusaha mencari keluarga kandungnya dengan bantuan Presiden MCA Gua Musang, Lew Kew.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Bertemuselepas60tahunberpisah//Article?HarianMetro
 
pjg umur sume..mak die beranakkan die pun umur 16
 
orang dulu2 dalam umur belasan tahun dah kawin....panjang umur ibunya masih sempat bertemu anaknya.
 
Sedih lah... Tapi muka atok atok cina tak de lah macam cina sangat!
 
seb baek dapat kat melayu.. klau tidak jd "Yang Lin Na" kat China.. alhamdulilahh
 
adik2 nya kena ckp loghat kelantan ler pasni..
 
Back
Top
Log in Register