BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bertalan Bicskei meninggal dunia

azimlife

Super Active Member
Messages
9,622
Joined
May 31, 2007
Messages
9,622
Reaction score
152
Points
73
Bekas Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Bicskei Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Bekas jurulatih kebangsaan Malaysia Bertalan Bicskei meninggal dunia di Budapest, Hungary, Sabtu lepas. Beliau berumur 66 tahun.

Bicksei menjadi jurulatih mulai Julai 2004 hingga September 2005.

Kematian jurulatih itu tersiar di beberapa laman internet dan disahkan oleh bekas majikannya, Persatuan Bolasepak Liberia (LFA).

Menurut pengarah komunikasi LFA Henry Flomo, "jurulatih Bicskei telah meninggal dunia."

Bicskei menjadi jurulatih kebangsaan Liberia dengan kontrak empat tahun mulai Julai 2010 tetapi terpaksa bercuti pada Februari 2011 akibat penyakit yang tidak diketahui.

Bicskei dipilih oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Allan Harris dari England dan membawa skuad kebangsaan menduduki tempat ketiga pada pertandingan Piala Tiger (kini Piala AFF) tetapi kemudiannya diturunkan pangkat menjalankan tugas-tugas pembangunan belia. Kontraknya dengan FAM ditamatkan selepas persetujuan bersama.

Beliau kemudian menguruskan sebuah kelab El-Masry dari Mesir sebelum menjadi jurulatih kebangsaan Liberia.

Memulakan karier dengan pasukan kebangsaan Hungary sebagai penjaga gol pada 1973, Bicskei merupakan salah seorang daripada jurulatih kelahiran Hungary yang memiliki diploma kejurulatihan di dunia.

-- BERNAMA

Antara jurulatih import yang cuba membawa kegemilangan untuk Harimau Malaya.
 
Bekas Jurulatih Kebangsaan Malaysia, Bicskei Meninggal Dunia



Antara jurulatih import yang cuba membawa kegemilangan untuk Harimau Malaya.

jurulatih import terakhir...
 
takziah kpd keluarga mendiang
 
Back
Top
Log in Register