Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Bersugi sambil menderma
KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang mendapatkan produk kayu sugi di masjid seluruh Semenanjung menerusi Kempen Bersugi Sambil Menderma Kepada Tabung Masjid dilancarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, di sini, semalam.
Beliau berkata, amalan bersugi atau bersiwak merujuk amalan Rasulullah yang sangat diingini dan dituntut, malah boleh menjadi wajib mengikut terjemahan kitab sebagai membersihkan mulut.
“Malaikat tidak suka bau mulut yang busuk, apatah lagi ia menjadi haram apabila mengganggu orang lain. Produk ini mencapai matlamat mengikut sunnah iaitu tepat dan memudahkan.
“Lebih 70 kelebihan bersiwak seperti membawa pada keredaan Tuhan dan amalan ini mengingatkan Muslim melakukan syahadah dengan bersugi sebelum mengambil wuduk,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Meswak Mu’min Sdn Bhd, Zaihal Hazri Abdul Halim berkata, 1 juta produk kayu sugi dikenali B*Sugi diedarkan ke 1,300 masjid di seluruh Semenanjung untuk kemudahan orang ramai menggunakan produk terbaru syarikat itu.
“Ini menjadi tanggungjawab sosial kami menganjurkan kempen bagi meningkatkan amalan sunah bersugi di kalangan umat Islam. Ia bagi membudayakan seluruh masyarakat menggunakannya,” katanya pada majlis pelancaran kempen dan produk berkenaan.
Menurutnya, kempen yang mengambil kos RM1 juta itu bermula selepas produk sama berada di pasaran pada 1 Julai lalu. Sasaran produk tertumpu pada 100 masjid di setiap negeri. “Buat masa ini, produk ini sudah diedarkan di masjid sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Perlis. “Kami meletakkannya di tepi tabung masjid dan sesiapa yang mahu mendapatkannya boleh menderma ke tabung masjid secara ikhlas.
“Menerusi kajian kami, produk ini menjadi penjagaan mulut secara organik dan berkesan,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bersugisambilmenderma/Article/index_html