BTC USD 62,127.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

Momentum Bersih perlu diteruskan

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan keputusan mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini yang menegaskan keperluan untuk terus menggerakkan agenda dan momentum Bersih sehingga kepada masyarakat luar bandar.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, ini kerana banyak lagi maklumat dan tuntutan Bersih tidak sampai kepada mereka sehingga masyarakat luar bandar tidak berapa ambil peduli tentang perkara tersebut.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat perlu menggerakkan usaha bersama secara bersepadu untuk menangani permasalahan ini dan tidak lagi membiarkan masyarakat luar bandar ini berterusan dibuli dan dipergunakan Umno dan Barisan Nasional,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kempen-kempen penerangan tentang kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan Barisan Nasional perlulah diperkasakan gerakannya, program-program kebajikan kepada rakyat diteruskan tanpa prejudis dan wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat mestilah dilihat mesra rakyat sepanjang masa dan tidak dilihat sebagai orang yang eksklusif.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS negeri sehingga kini telah mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS di kawasan-kawasan untuk meneruskan agenda penerangan Bersih dengan menganjurkan ceramah berterusan, sebaran risalah dan pelbagai aktiviti lain yang menjurus kepada memberikan kefahaman masyarakat berkenaan 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih.

“Semoga dengan komitmen dan kerjasama semua pimpinan Pakatan Rakyat untuk meneruskan agenda Bersih ini secara bersepadu akan dapat meneruskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak Umno BN di dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang,” ujarnya lagi.
 
sepatutnya kita yg berumur ni lah yg menjadi pemimpin tuk golongan belia negara .. jgn hanya tengok tv3suku .. membaca novel utusan molaya .. berita hairan .. :p

kekadang aku bangga yg belia zaman sekarang .. sebuah revolusi terindah dalam sejarah negara yg mahukan perubahan menumbangkan sebuah intitisi yg terlampau dgn korupsi bahkan terus menerus menekan rakyat ..

kamu semua warga yg cintakan negara .. kamu aku gelarkan sebagai pahlawan belia negara .. perisai negara .. ayuh kita tumbangkan BN dalam PRU-13 .. membujur lalu melintang patah .. hati gajah sama dilapah hati keringga sama di cicah .. patah sayap terbang jua ..

assalam saudara..
semoga tuan dirahmati Allah SWT..
...menentang ketidak adilan perlu la berstrategi...
Rasulullah pun pergi berperang dgn strategi2 yg tidak merugikan umat Islam...demo2 ni adalah strategi2 yg merugikan umat Islam dan sgt menguntungkan musuh2 Islam...nak mencapai sesuatu dgn sesuatu yg merugikan..akhirnya apa yg hendak di capai tidak akan tercapai..

Kebangkitan 'rakyat' di Libya misalnya didalangi oleh pihak luar yg menyalurkan bantuan dana dan senjata. Yang memegang senjata ialah umat Islam, yang berbunuh sesama sendiri adlh umat Islam, yg bergaduh sesama sendiri ialah umat Islam. Gambar2 wanita Islam berpurdah sambil memasang senjataapi diasiarkan di Eropah utk menyemarakkan lagi Islamofobia. Itulah bukti pihak musuh mengambil peluang menjatuhkan Islam.
Semua yang berlaku da sebab dan hanya Allah saja yang mengetahuinya..Sebijak mana pun manusia yang mengatur strategi Allah itu lagi bijak dalam mengatur strategiNya...
Adakah Islam suka/sarankan utk berdemonstrasi dan cetus huru-hara? Adakah dengan mcetuskan huru-hara, kerajaan akan turut kata pembangkang?

Cth : Klu pinangan sorg lelaki tak diterima olh ayah kpd si perempuan, si lelaki itu ada 2 pilhan - 1) Berdemo 2) Berbincang/memujuk dgn cara baik.

Mana satu pilihan yg baik? Fikirlah. Jgn pandang kptgn dr sudut politik, Lee Kuan Yew pernah berkata "sedia menimbangkan utk sertai Malaysia jika KEADAAN MENGIZINKAN". Muslim di Malaysia spt UMNO lawan PAS/PKR-Melayu...non-Musli​m dimana? Pembangkang menang, siapa yg banyak berkuasa? Di Pulau Pinang & Perak dimana kedudukan Parti Se-Islam Malaysia?

fikir2 kan..
 
Assalam.. sedikit tambahan..
Memilih mengikut individu. Jika Muslim menentang Kafir, pilihlah Muslim dan jika Muslim menentang Muslim pilihlah yang terbaik diantara keduanya. Disebabkan keadaan politik Malaysia membuatkan semua pihak (Muslim) hampir sama (walau berbeza ideologi, tetapi ada yg tetap sama - memecahbelahkan bangsa dgn kekeliruan).

Lihat KOLEKSI GAMBAR INSAN2 YANG MEMECAHBELAHKAN UMMAH dibawah :

Rais Yatim, Nizar Jamaludin Lim Kit Siang [http://3.bp.blogspot.com/_​UkLhgaWVFlQ/SWOa2eIErlI/AA​AAAAAAAxI/ypPsCA78kvQ/s160​0-h/rais+yatim.jpg]

Mustafa Mohamad, Husam Musa, Abd Fatah [http://3.bp.blogspot.com/_​UkLhgaWV...AAAw4/iGyx14IlfL4/s160​0-h/msutafa+mamat.jpg]

Shahrizat Abd Jalil dan Wanita PAS [http://1.bp.blogspot.com/_​UkLhgaWVFlQ/SWOa2iTBceI/AA​AAAAAAAxQ/0x90PQhhthM/s160​0-h/syahrizat1.jpg]

Shafie Apdal, Tian Chua, Husam Musa [http://1.bp.blogspot.com/_​UkLhgaWVFlQ/SWOg3Gcvg0I/AA​AAAAAAAxg/GhzmsycZcxU/s400​/tian+chua.jpg]

DS Anwar Ibrahim, DS Mohd Najib [http://asiancorrespondent.​com/wp-content/uploads/201​1/05/AnwarIbrahimAndNajibR​azak.jpg]

Bandingkan keadaanya umno-pas-pkr bila dipentas ceramah/TV dengan semasa mereka di "belakang tabir".

Samada UMNO-PAS-PKR, ketiga-tiganya boleh berbaik dan tidak menimbulkan perpecahan ummah. Yang TAKSUB dengan parti bukan wakil rakyat (badut sarkas) tetapi penyokong-penyokong yang "gila" untuk menjatuhkan pihak Muslim sendiri.

Saya percaya bahawa pihak Barat yg sdh lama tidak puas hati dgn Msia sjk zaman Tun Mahathir pasti tidak senang duduk melihat gambar-gambar di atas. YA, Amerika sentiasa memantau keadaan di Msia. Buktinya ialah dgn bbrp pendedahan olh WIKILEAKS menerusi agen USA-Israel iaitu Spore.

Itulah "sidtem demokrasi", ustaz dan uztazah juga tak mustahil boleh menjadi munafik (rujuk pada tindakan mereka yang berbeza sikap apabila dihadapan kamera TV, penyokong parti bawahan)

Jangan fikir yang berketayap itu sempurna semuanya...jangan fikir yang sederhana itu sempurna...di akhir zaman ini manusia perlu bijak membuat pilihan.

wallau'alam
 
semoga kita mendapat keadilan..
 
B.e.r.s.i.h 3.0???

siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir..

Terpulang kepada saudara yang lain kerana persepsi saya sebagai pemerhati, BERSIH hanya akan BERSIH apabila tuntutan ia lebih menjurus kepada ISLAM bukanya DEMOKRASI dan KEBEBASAN ciptaan Yahudi dan nasara..

“Qur’an… an accursed book… So long as there is this book there will be no peace in the world.” —William Gladstone (1809-1898) Prime Minister of Great Britain 1868 – 1894

Salah satu cara mereka membuat kita lari jauh dari Al Quran dan sunnah ialah dengan meletakkan sebuah sistem yang membahagikan dan perintah (divide and rule) dan mereka meletakkan kepercayaan pada hak kebebasan bersuara rakyat dan individu di tempat tertinggi.manakala di dalam Islam,suara yang tertinggi adalah alim ulama dengan hasil perbincangan mereka, hak Allah dan agama Islam diletakkan ke tempat tertinggi melebihi segala - galanya.

Mari kita tolak sistem democracy yang memang sengaja mereka letakkan di negara kita,supaya kita semua terbahagi dan bergaduh,asal kita adalah bersatu dan kita merupakan sebuah empire yang kuat ketika zaman Khilafah monarki Islam.Kemudian mereka serang dan jatuhkan raja2 kita dan letakkan democracy dan mereka sebagai ketua,tidak kah kita sedar akan taktik halus mereka ini,kerana itu kita dapat perubahan budaya di kalangan remaja hari ini yang tidak lagi meminati lagi Islam tetapi budaya yang datang dari mereka,sistem pendidikan,sistem perundangan,ekonomi kita dihala pada mereka dan sistem politik kita iaitu democracy adalah milik mereka,mereka yang letak,kita tidak pilih untuk terbahagi ini,tolonglah saudara - saudaraku sedar akan perkara ini,insyaAllah Islam akan naik kembali satu hari nanti,mari perjuangkan saudara - saudaraku,mengikut jalan yang betul bukan di bawah sistem mereka.

BERSIH-adakah ia menyatukan ummat ISLAM?

BERSIH-adakah di dalam islam di anjurkan DEMOKRASI?.

BERSIH-umat islam mencaci sesama sendiri.

BERSIH-umat islam menzalimi diri sendiri dan orang lain.

BERSIH-yang menyokong lebih kurang 2 juta dan yang inginkan keamanan 5.5 Juta. Adakah ia demokrasi terpimpin?

BERSIH 2.0 belum benar-benar pasti akan terjadi tetapi sebaliknya KHILAFAH 2.0 (buat kedua kalinya) benar-benar akan terjadi bersandarkan hadis - "..Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam." [Hadis Riwayat Ahmad].

Wallahu'alam
 
B.e.r.s.i.h 3.0???

...atau teori ini salah satu agenda untuk memecahkan lagi orang Islam di Malaysia?

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat untuk menunjukkan niat sebenar BERSIH. Terbaru ialah mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpangkalan di luar negara menaja kegiatan BERSIH. National Democratic Institute (NDI), yang dinaungi oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline K. Albright, telah terlibat secara langsung dalam menaja aktiviti-aktiviti BERSIH sejak tahun 2005 lagi. Albright adalah sekutu kuat Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Satu laporan yang ditulis oleh Cheryl Bernard dan Angel Rabasa pada tahun 2007 bertajuk “Building Moderate Muslim Networks”. Laporan ini diterbitkan oleh RAND Corporation, iaitu sebuah kumpulan pemikir yang terlibat dalam memberi khidmat nasihat ketenteraan kepada kerajaan Amerika Syarikat di zaman Presiden Bush. Laporan ini menyarankan beberapa strategi yang perlu digunakan oleh pentadbiran Amerika Syarikat ketika itu untuk memerangi pengganas Islam selepas tercetusnya peristiwa 9/11.

Menariknya, Cheryl Bernard mengatakan bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini bukanlah perang senjata tetapi perang idea. Justeru, pentadbiran Amerika Syarikat disarankan supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat dan mengekang 'keganasan Islam'. Menurut Bernard:

“The struggle underway throughout much of the Muslim world is essentially a war of ideas. Its outcome will determine the future direction of the Muslim world and whether the threat of jihadist terrorism continues, with some Muslim societies falling back even further into patterns of intolerance and violence. It profoundly affects the security of the West … Moderate Muslim networks and institutions would provide a platform to amplify the message of moderate as well as some measure of protection from violence and intimidation … What is needed at this stage is to derive lessons from the experience of the Cold War, determine their applicability to the conditions of the Muslim world today, and develop a “road map” for the construction of moderate and liberal Muslim networks ”.

Siapakah golongan Muslim liberal dan moderat menurut takrifan Bernard? Apakah ia bermaksud orang-orang Islam yang berpegang dengan konsep wasatiyyah, iaitu umat pertengahan yang bersikap sederhana sepertimana yang disebut dalam al-Qur’an?

Jawapannya TIDAK. Bagi Bernard, golongan Muslim moderat ialah mereka yang mendokong konsep hak-hak asasi manusia Barat secara total, menolak pelaksanaan sebarang bentuk undang-undang syariah, menolak pembentukan Negara Islam dan mesra golongan feminis. Hak asasi manusia yang dimaksudkan adalah berlandaskan fahaman liberal Barat, termasuk hak kebebasan beragama yang membenarkan seorang Islam murtad. Ternayata, golongan moderat yang dimaksudkan oleh Bernard bukanlah umat pertengahan (ummatan wasata) yang disebut di dalam al-Qur’an, tetapi manusia sekular yang hilang pedoman rohaninya.

Namun, bagi Bernard, jaringan golongan sekular ini tidak akan wujud dengan sendirinya. Mereka perlu dibantu dan diperkasa. Justeru, beliau menyarankan supaya organisasi-organisasi tertentu membantu golongan sekular di negara-negara Islam. Antara nama organisasi yang dicadangkan ialah NDI.

NDI diketahui terlibat secara aktif membantu BERSIH melaksanakan aktiviti-aktivitinya dari peringkat awal lagi. Berikut adalah kenyataan di laman web NDI:

In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants.

REFSA adalah sebuah NGO yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP.

Mengapa BERSIH?

Sebenarnya, BERSIH hanyalah alat yang digunakan oleh NDI untuk mendekati kumpulan intelektual Muslim, parti politik dan NGO Islam di Malaysia. Ini termasuklah ahli-ahli akademik Muslim, PAS dan beberapa NGO Islam yang menyokong BERSIH. Mereka ini perlu dipengaruhi supaya menyokong agenda pemikiran sekular-liberal Barat dan dengan itu mengunci rapat sebarang usaha untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Ketika di zaman perang dingin, organisasi-organisasi seperti NDI inilah yang berusaha dengan gigih untuk memastikan ejen-ejen Barat yang berfikiran sekular diangkat sebagai pemimpin di negara-negara Islam. Strategi inilah yang dilakukan di Iraq, Libya dan di negara-negara Timur Tengah yang lain. Akhirnya, umat Islam berpecah-belah dan negara Islam porak peranda.

Tidak hairanlah, mutakhir ini kita dapati umat Islam semakin berpecah termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan syariat dan akidah. Sudah ada pemimpin Islam yang mengatakan murtad itu dibenarkan dalam Islam. Pemikiran pluralisme diangkat sebagai garis besar baru haluan perjuangan. Sudah hilang gema dakwah, tarbiyyah dan khilafah. Dalam soal penggunaan Kalimah Allah pun umat Islam berbalah. Malah, PAS sebagai parti Islam yang suatu ketika dahulu begitu taksub dengan penubuhan Negara Islam, sudah menggugurkan agenda yang selama ini menjadi akidah politik parti itu. Semua ini dihalalkan atas nama perjuangan demokrasi dan kebebasan.

Modus operandi inilah yang menyebabkan umat Islam, khususnya di negara-negara Arab, tidak pernah berupaya untuk bangkit bersatu mempertahankan Palestin. Bibit-bibit penyakit hati dan minda umat Islam ini nampaknya sudah mula menular ke Malaysia, satu-satunya negara Islam yang masih lagi terselamat daripada perangkap Zionis.

Cheryl Bernard mengatakan bahawa “Freedom Agenda” adalah “grand strategy” dalam memenangi perang global menentang keganasan. Kita tidak ada masalah untuk menentang keganasan. Selama inipun umat Islam di Malaysia tidak pernah menyebelahi pengganas, apatah lagi menjadi pengganas. Kita tidak perlu tunduk kepada agenda Barat semata-mata untuk membolehkan kita menentang keganasan. Kita telah menentang keganasan dan kita akan terus berbuat demikian.

Tetapi kita tahu, perhimpunan BERSIH adalah sebahagian daripada “grand strategy” Zionis untuk mencetuskan huru-hara di negara Islam. Dengan adanya segolongan umat Islam yang sanggup tunduk kepada agenda Barat demi memenuhi nafsu kuasa masing-masing dan tercetusnya demonstrasi besar-besaran yang menyaksikan pertembungan antara dua kelompok umat Islam, maka lengkaplah perencanaan Zionis untuk melemah dan mengancurkan umat Islam, atas nama demokrasi dan kebebasan.

Wallahu'alam
 
semoga usaha men-reformasi minda di bantu Allah.Supaya kita semua tidak tersimpang dari jalan Islam.

jangan terlalu taksub dengan sesebuah teori, jangan tersesat di rimba konspirasi dan jangan disesatkan oleh kekeliruan sendiri. Sentiasalah merujuk kepada al-Quran & al-Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Berfikirlah secara waras mengikut batas-batas Islam tanpa merosakkan akidah & iman. Di sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam khasnya & umat manusia amnya.

p/s :
“Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
 
Back
Top
Log in Register