Saya mengaji kat surau sahaja...ini yang ustaz saya ajar
Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
* 1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
* 2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
* 3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
* 4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
* 5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.*
6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.
Jika tuan rasanya dakwat kekal itu tidak menghalang air sampai ke kulit terserah pada tuan...dan apakah tuan pasti..
Dan saya menentang penggunaan Dakwat Kekal atas dasar diatas. Ini lah agenda tersembunyi puak kafir nak menghancurkan Islam dan disokong oleh puak2 Islam yang memperjuangkan Islam sebelum ini...