BTC USD 83,024.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

SAMBUNGAN

Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk.

Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya???

Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia?

Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas.

Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes?

Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni?

MASALAH SERATUS PERATUS

Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”.

Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”.

Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang.

Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah.

Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik.

Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri?

Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan.

Contoh 1:

Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan?

Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan.

Contoh 2:

Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda.

Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut.

Contoh 3:

Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun.

Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir.

Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda.

Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata:

“Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”.

Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla…

“Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”.

Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini.

AKHIRNYA…

Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin.

Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam:

قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا".

Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah.

Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”.

Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer.

Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka…….

Do or Die,

You’ll never make me,

Because the world will never take my heart,

Go and try,

You’ll never break me,

We want it All,

We want to play this part,

I won’t explain, or say I’m sorry,

I’m unashamed, I’m gonna show my scars

Give a cheer for all the broken,

Listen here, because it’s who we are.

I’m just a man, I’m not a hero,

Just a boy, whose meant to sing this song.

I DON’T CARE!!!!

komen yg super.......cayok:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
tau xpa...
samo yang terjadi kat nenek den, polis songlap bahan bukti indon samun nenek dlm 11K (emas + duit). samun dalam bulan puasa lak tu.
Last2 bini sendiri yg bocor rahsia... S1al punya polis.. :mad:

yesss.... polis tu buuurrrrrrrrrrpppppppp!!

"alhamdulillah", dia kata.
 
adakah sekatan yang polis buat tuh berkaitan dengan seperti pic nih?

linktobersih.png
 
adeh..

apa la polis malaysia, polis datuk yusof haslam jugak yg bagus.hehehh
 
sama jer....4 org masuk nak baghi ..takkan la body guard atau polis tak larat jaga 4 org tu :) ...apasalahya serah...takder beza pun...

ada bezanya bro..9 julai..polis menguatkuasakan kemasukan ke KL secara terpilih..4 julai..larangan tuh belum ada lagi...dan memorandum tuh untuk tatapan YDPA...ambiga dapat jumpa YDPA pada 4 julai..in person..apa salahnya dia bagi..bukan ke tuh lagi bagus..serah by hand terus ke YPDA...
 
nanti kene spin ckp tu keputusan ambiga sorang...tu yg tak boleh blah...biar la...lingkup la ko BN :">

pulak..bukan ke ambiga tuh datang ngadap YDPA atas dasar BERSIH..kalu media proBN spin..awal2 dah kantoi...:))..skang nih 4 julai tak serah terus memorandum 8 tuntutan BERSIH semasa ngadap YDPA...jadi dengan isu nih media proBN boleh spin sana sini..ko nampak tak skang...
 
Orang UMNO yg Menyalak ke Orang pkr yang duk menyalak..Orang Umno Relaks jer kena gas pemedih mata..kena bantai ngan Polis..tak menyalak pun..Orang pkr jer yang tak nak mengaku kesalahan diri sendiri..asyik menyalahkan orang lain jer..DSAI tu dah nyanyuk dah..duk kata hadi awang kena..cekeklah..kena campak lah..last2 hadi cakap layanan polis terbaik..apo cer...?

kalau Najib dan Rosmah yang kena tear gas, aku terima cakap kau ni.

memang berbaloi rakyat kena tear gas kalau koruptor macam tu kena sekali.




p/s : ok, seriously. nobody should be tear gassed. tapi kau tengok video Patriot. Diorang gi rempuh FRU tu... itu memang aku sendiri setuju kalau FRU lepaskan gas. Kami ada macam tu?
 
TT mcm biasa buat thread pastu lari lintang pukang... :))

bukan nak duk dim2 dlm ni pun.. :))
 
Yg ni lg sorng pencacai umno.

Dalam perlembagaan pun benarkan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata.
 
Back
Top
Log in Register