BTC USD 81,519.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

pergh... aku nak buat script film.. leh jual kt david teo ni..



nenek ni pon berani.. ade kah pencacai2 umco seberani nenek ni???

oooo lupe umco mane ade telur

trus terang aku cakap pencacai UMporNO semua pengecut termasuk leader dia skali

even kalo msia kena jajah dgn bangsa asing puak2 ni yg pertama melarikan diri dr msia. yg tinggal hanyalh menjadi tali barut

golongan pembangkanglah yg menjadi pahlawan negara masa tuh menentang penjajah:)paid:)paid
 
bersih11.jpg

23.jpg

19.jpg

12.jpg

11-1.jpg

10.jpg

9.jpg
 
dgr citer najib dgn hisapmudin dh terkincit skang wakakakakakkaka
 
Kisah Bersih

Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat.

Pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, kelompok di sini hanya kira-kira 20 orang. Tiba-tiba kami dengar jeritan orang, dan kami bergegas ke situ dan mendapati kira-kira 2,000 orang. Mereka muncul entah dari mana, sungguh ajaib! Tapi kami masih menganggap bilangan ini terlalu sedikit!

Pada kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya tak berapa ingat lagi. Kami nampak sekumpulan manusia menuju ke arah kami melalui Jalan Sultan, sambil melaungkan slogan. Bilangan mereka terlalu ramai berbanding kami. Ramai orang tua yang bertanya, PERKASA? Pemuda UMNO? Kami berdiri di situ dan memandang, gagal mendengar apakah yang dilaungkan.

Tiba-tiba, ada yang bertepuk tangan, berkata "Tengok, Cina ada, India ada, bukan PERKASA, bukan Pemuda UMNO, orang kita!" Kami bertepuk dengan gemuruh, berarak ke arah mereka untuk berkumpul bersama. Kami seolah-olah dapat membentuk pasukan kami, dan tidak lagi keseorangan atau kesepian.

"BERSIH! BERSIH! Hidup BERSIH!" Ribuan yang membanjiri Jalan Sultan. Orang berada di tengah dan di tepi jalan, warga tua dan warga muda. Maka kami terus berjalan, tidak memasuki jalan ke arah Stadium Merdeka. Saya sedar, bilangan kami masih tidak mencukupi. Kami menuju ke arah Pudu Raya, dan di situ telah dibanjiri lautan manusia yang lebih daripada 10 ribu.

Abang saya menghantar sms kepada saya, memberitahu bahawa pasukan di Hotel Hilton telah mula bertolak. Dengan serta-merta saya berkongsi maklumat ini dengan orang yang berada di sisi saya.

Kira-kira jam 1 tengah hari, kami nampak satu pasukan yang lebih besar, kemas sususannya berarak dari arah Hospital Tung Shin. Kemudian, muncul lagi satu pasukan dari Kota Raya. Tidak berhenti kami bertepuk tangan. Kami menjerit sepuas-puasnya. Saya nampak ramai yang menakung air di matanya. Saya amat terharu. Saya kini berada di tengah-tengah belasan, malah puluhan ribu orang. Saya tidak kesepian, kami tidak kesepian!

Terharu kerana dibantu orang yang saya tidak kenal langsung!

Kami berkumpul di depan Menara MayBank. Saya tak dengar apa yang diucap pemidato. Tapi saya hanya seorang penyokong. Saya hanya menyorak bersama kelompok manusia, bertepuk tangan apabila semua orang berbuat demikian.


Kemudian saya mendapati trak FRU. Seorang warga tua, mungkin dari PAS, memesan agar saya undur dahulu. Tidak lama kemudian, FRU melepaskan gas pemedih mata, dan meriam air kimia yang berwarna biru. Saya rasa macam tersengit. Baunya sangat tidak menyenangkan. Orang di sisi saya (sahabat dari kaum lain) menuangkan air ke atas kepala saya. Ada seorang yang menyapu minyak angin di bawah kelopak mata saya. Ada pula yang memberi garam kepada saya.

Saya teringat, air mata saya mengalir pada ketika itu bukan disebabkan gas pemedih mata, tetapi mengalir kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh orang-orang yang saya tak kenal ini.

Pada ketika itu saya nampak polis, kononnya, menangkap orang ramai di depan Menara MayBank. Ramai yang memanjat ke atas di cerun pada mulanya, kemudian mereka melompat dari tembok yang tinggi. Saya sangat marah ketika itu, kerana saya nampak ramai wanita dan warga tua. Dan mereka yang kononnya polis itu dicemuh dalam hati saya, "Bukan manusia!"

Saya berehat seketika. Saya menjangkakan bahawa orang ramai akan menuju ke Jalan Sultan. Maka, saya berjalan dahulu ke arah sana. Apabila berdekatan dengan KFC, hujan mulan turun. Seorang peserta yang tua berkata kepada saya, "Komunis pun tak macam ini!" Saya tercengang seketika, gagal memberi apa-apa jawapan....

Matlamat sama..

Pada sebelah malam, saya dimaklumkan bahawa kawan dari kaum Melayu amat terharu dengan kehadiran kami. Mereka berkata, "Itu kebanggaan kami apabila kamu muncul bersama. Kamu duduk belakang sikit, biar kami yang hadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan di depan!"


Nota: Akhirnya saya sedar, mengapa saya berselindung dalam kelompok orang PAS. Mereka membuktikan dengan tindakan mereka, itu yang membuatkan saya terharu dan berasa selamat. Lain kali, saya tetap akan bersama mereka, berada di garis depan, untuk menghadapi peluru (gas pemedih mata) dan keganasan.

Terima kasih, sahabat semua. Walaupun kita tidak berkenalan, tapi matlamat kita sama. Dan ini hanya boleh dirasai mereka yang hadir dalam perhimpunan.

Saya menyeru agar lebih ramai bangkit dari tidur, dan mereka yang sudah sedar, biarlah bertindak.

*Tulisan di atas disedut, disunting dan diterjemah daripada catatan seorang pembaca MerdekaReview, edisi bahasa Cina, yang menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011. MerdekaReview akan memilih beberapa lagi tulisan untuk diterjemahkan, dan mengalu-alukan tulisan daripada pembaca. Sila email kepada editorial_bm@merdekareview​.com. Terima kasih.
 
Bersih 2.0 dan 'Sajak Orang Kepanasan' Rendra.

Perhimpunan Bersih 2.0 gagal. PM kata gagal. Media kata gagal. UMNO kata gagal. Tidak pasti apakah dunia juga mengatakan gagal. Pabila menatap TV dan akhbar, ternyata hampir benar. Dan seluruh rakyat diberitahu bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirasuk komunis dan menghakis ketuanan melayu itu gagal.

Pastinya sebahagian rakyat kecil menarik nafas panjang dan percaya sebulat-bulatnya. Dan sebahagian lagi tersenyum sumbing di sudut bibir, entah apa maknanya.

Membuka laman maya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan potret yang berbeda dan sebaliknya. Kota Raya Kuala Lumpur digenangi manusia-manusia pelbagai bangsa dan umur dengan wajah perjuangan. Lautan manusia pemberani memenuhi lorong dan jalan-jalan kota raya.

Anihnya, kesatria Bersih 2.0 ini bisa lolos dan bertebaran pada semua lokasi, meski seluruh denai dan terowong dikepung dan disimen waja. Persis koloni semut sakti dan misteri, kesatria ini merayap dan memenuhi jalan-jalan kota raya meski di tengah-tengah ledakan asap dan air beracun.

Syabas kesatria Bersih 2.0!. Kalian terbilang. Kalian manusia perjuangan.

Bersandar puas di kerusi sambil mereguk kopi jantan, ku gapai buku'Ketika Rendra Membaca Sajak' terbitan Burung Merak Press, Jakarta Timur, buat melempias degup jantung dan adrenalin yang berkecamuk kencang di dalam dada.

Membuka halaman yang mencatat sebahagian sajak Rendra yang bertajuk 'Sajak Orang Kepanasan' yang di baca di Taman Ismail Marzuki pada Disember 1989.

Percayakah anda?. Bahawa untuk menonton Rendra membaca sajak anda harus membayar 3,000 hingga 10,000 rupiah. Mencecah 20,000 rupiah karcis di pasar gelap. Seandainya anda terlewat, anda akan bersama puluhan ribu rakyat hanya berlegar di luar dewan.

Hebatnya, rakyat sanggup membayar atau berlongo di luar dewan, hanya untuk bereksperesi bersama Rendra Si Burung Merak. Bersama Rendra untuk berbicara tentang ketidakadilan masyarakat bargouis, berbicara tentang pemerintah yang tirani, berbicara tentang korupsi,nepotisma, berbicara tentang penindasan keatas masyarakat marhaen dan petani miskin. Berbicara tentang perjuangan rakyat kecil.


Perhatikan sebahagian bait-bait sajak ini;


Kerana kami tidak bisa memilih

Dan kamu bebas berencana

.........................................

Kerana kami cuma bersandal

Dan kamu bisa memakai senapan

.........................................

Kerana kami harus sopan

Dan kamu punya penjara

............................................

Maka TIDAK dan TIDAK kepadamu


Perjuangan rakyat kecil Indonesia menjadi sia-sia di ujung senapang pemerintah. Ada yang dihabisi di lapangan dan ada yang disembunyikan dalam sel-sel pengap di ujung dunia. Perlawanan rakyat seakan-akan menentang raksaksa berapi yang punya seribu tangan waja bersengat racun berbisa.

Tapi rakyat kecil tetap bangkit dan melawan persis arus sungai, meski kecederaan dan luka-luka nan parah.


Kerana kami arus kali

Dan kamu batu tanpa hati

Maka air akan mengikis batu


Sejarah Indonesia mencatatkan, pemerintah yang bagai raksaksa itu akhirnya rebah ke bumi tempat rakyat sujud mengadu dan memohon pertolongan tuhan.


Kesedaran adalah matahari

kesabaran adalah bumi

keberanian adalah cakrawala

Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata


Selamat Jalan Rendra!

Kami masih punya A.Samad Said

Kami masih punya Dinsman

Kami masih punya kesatria bangsa!. "
 
Lawak Ketua Polis Malaysia Pasal Senjati Api & Bom Petrol

senjata1.jpg
Masih ingatkah anda? Ketua Polis Malaysia dan Ketua Polis Selangor beriya-iya dalam TV mengatakan penemuan senjata yang dipercayai didalagi oleh pihak BERSIH untuk merusuh di ibukota pada 9 Julai 2011 nanti.
senjata2.jpg




Wartawan menjadi lembu untuk opera ini. Akhbar pula menjadi lidah syaitan untuk pembohongan ini.
ketua+polis+negara+copy.jpg



Seramai 1667 orang di tahan polis atas arahan Najib, hanya jumpa beberapa bahan bahaya iaitu Air mineral dengan botalnya sekali. Garam dan tuala. Rasanya IGP perlu buat pemeriksaan mata untuk bezakan antara garam dengan bom petrol dan antara botol air mineral dengan parang!! ****** punya IGP!
patah+kaki.jpg



Seorang peserta himpunan BERSIH yang patah kaki akibat dipijak oleh polis tidak dapat membuka ikatan tangannya kerana tak ada sebilah pisau walaupun pisau asah pensil!
patah+kaki2.jpg



Takkan ini pun blogger UMNO tak ada akal nak fikir. Bengong betul!!
pensan.jpg



Haji Shurhadi ini pun masa sakit tak ada dikalangan peserta boleh potong dengan mana-mana parang. ****** betul dia orang ingat nak gotong royong bersih kubur ke??

Nasib baik ada wartawan tolong keratkan ikatan ini.

KENAPA BLOGGER UMNO ***** SANGAT??
 
Back
Top
Log in Register