BTC USD 81,888.3 Gold USD 4,145.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

aku x sokong Ambiga, tp aku sokong BERSIH dan tuntutan BERSIH... aku yakin rakyat luar sana pon sokong BERSIH, buktinya tiada satupun slogan atau sepanduk yg bertulis nama AMBIGA :)

Saya pun tak pernah menyokong AMBIGA, saya hanya menyokong tuntutan BERSIH. Saya like statement anda. Tapi mereka2 yang berkenaan tu, tak habis2 bagi hujah, sapa2 sokong BERSIH, maknanya sokong AMBIGA, sokong ANWAR. Kita terangkan banyak kali pun, tak faham2. Letih. Tambah2 dengan budak2 yang nak kata tak cukup umur, tapi dah nak masuk umur 30 tahun, pun dok pusing kot situ la......
 
itu la pointnya.. kenapa perlu sekat? hak rakyat.. dalam perlembagaan ada..

No problem, rakyat now dah nampak, kita saksikan macamana BN akan ditumbangkan dalam PRU nanti. :)
 
Kenali 'wirawati' BERSIH 2.0 - Makcik Anne

ef55efd6600c3a1bc4bc3b8fe9e9fd84.jpg


Antara ratusan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - ia memaparkan seorang wanita berpakian kuning yang basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih.
1b424ce0f9cf99bfa4a429543161b538.jpg

Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.
5ef0d16cf23a037de72d758cef6ef70b.jpg

Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.

“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”

Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.

“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.

Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.

"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.

"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”
 
napalah agong tk bersuara sepatah dua

ker tv3suku tk siarkan...kekeke
 
Back
Top
Log in Register