BTC USD 83,207.5 Gold USD 4,181.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

lom kol 2 lagi tok!! dah start halau ke ?? live dari jln t. abd rahman
 
dah...dah... stop friendly fire nie...


balik pada perjuangan asal... :))
 
new terkini,,,,semakin ramai penyokong bersih di stesen kareta api lama...

KUALA LUMPUR 9 JULAI :Tinjauan yang dilakukan Tv Selangor di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyaksikan jalan-jalan utama yang lazimnya sesak, kini lengang ekoran sekatan yang dilakukan oleh polis untuk menghalang berlangsungnya himpunan Bersih 2.0.

Seawal jam 7.00 pagi, beberapa jalan utama telah ditutup dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah berkumpul di beberapa kawasan yang menjadi laluan para demonstran.

Sebahagian besar polis kini ditempatkan di sekitar pusat membeli belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.

Siaran Langsung :

10.30 am : Masjid Jamek. Trak polis dan FRU berkampung di sini. Sepuluh orang awam, empat daripadanya yang baru turun dari LRT ditahan polis.

10.00 am : Di Sogo, lima orang ditahan polis. Difahamkan polis kini sedang berkawal di sekitar rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu lain yang nama mereka disenaraihitam dari memasuki Kuala Lumpur hari ini.

9.40 am : IPK Kuala Lumpur mengesahkan 21 orang ditangkap setakat ini. Pengesahan dibuat oleh Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf.

9.38 am : 18 ditahan di kampung Baru kerana dipercayai penyokong Bersih 2.0

8.00 am : Tinjauan Tv Selangor di sekitar jalan Tan Cheng Lock di sekitar Pudu Raya, Petaling Street, Pasar Seni menyaksikan polis berkawal ketat. Sekurang-kurangnya 10 trak polis dan satu balai polis bergerak berkampung di ditu. Sebuah helikopter juga dilihat berlegar-legar di sekitar ibu negara.
 
600 di Masjid Negara diminta bersurai

KUALA LUMPUR – Polis telah mengarahkan kira-kira 600 orang awam yang berkumpul di dalam dan di perkarangan Masjid Negara di sini supaya bersurai pagi ini.

Difahamkan, kesemua mereka telah berkumpul di pekarangan masjid terbabit seawal 7 pagi. – Kosmo
 
uploada gambar plzzzzz...

aku tak bley pergi sebab kena jaga baby... :D
 
geng2 amgo mmg suka buat kacau dan provoke..pastu tak ngaku...masuk thread ni dok mengata org mcmana la tak panas

Abaikan aje balaci2 UMGOK tu.. Jgn di layan, nnt xpasal2 jadi anjing cam diorang.. :)) :))
 
Bersih dan kasi bersih. Kena buang segala kekotoran...Anda suka BERSIH atau KOTOR????
 
Back
Top
Log in Register