BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

BERSIH 2.0: Sembilan ditangkap di Masjid Kg Baru

c1de15b3bf4b233306d9879968b832a1.jpg


Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

Sebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.

LAPORAN LANGSUNG:

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am: Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am: Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.
 
@@- 8.45am Saya bertolak dari komuter Rawang, destinasi KL Sentral. Dalam komuter ni pun dah ramai. Semua pakat sembang pasal bersih 2.0. Dah bersesak dalam komuter ni.adesss...Saya tak boleh nak tangkap gambar. Sesak dalam komuter..Nanti orang kata jakun plak. Anda dapat saksikan harini kebanyakannya tak berpakaian kuning. Macam2 warna selain kuning. Ini adalah untuk senang lepas sekatan. Komuter Rawang tadi pun tiada polis tunggu. Tengok nanti kat KL Sentral macam mana.

Nantikan update seterusnya ketika saya di KL Sentral. Saya akan rakam senario keadaaan disana.
 
Anwar: Saya ada cara sertai BERSIH 2.0

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau akan turun bersama rakyat dalam himpunan BERSIH 2.0 hari ini.

Anwar berkata beliau mempunyai cara dan akan hadir ke Stadium Merdeka serta menyokong himpunan awam berkenaan.

"Saya nak ke Stadium Merdeka esok (hari ini). Adalah caranya nak ke situ," kata beliau kepada hadirin pada program tazkirah perdana di Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur malam semalam.

Anwar merupakan antara 91 individu yang dilarang polis berada di tempat tertentu di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini.

BERSIH 2.0 telah diisytihar sebagai pertubuhan haram dan diasak oleh kerajaan BN dengan menggunakan polis dan akta-akta 'kuku besi' seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehingga lebih 200 individu telah ditangkap atau didakwa.

Pada cermahnya, Anwar juga mengimbau surah Al-Kahfi yang menceritakan kisah anak muda yang diberi bantuan Allah kerana menolak kezaliman pemerintah.

Anwar turut menyatakan kekaguman dengan anak muda yang berani memperjuangkan hal keadilan dan yakin dengan perhimpunan ini, rakyat akan menyedari kezaliman Umno-BN.

"Kita bukan hamba, kita orang merdeka. Ini kemahuan anak muda kita," katanya.
 
@@- 8.45am Saya bertolak dari komuter Rawang, destinasi KL Sentral. Dalam komuter ni pun dah ramai. Semua pakat sembang pasal bersih 2.0. Dah bersesak dalam komuter ni.adesss...Saya tak boleh nak tangkap gambar. Sesak dalam komuter..Nanti orang kata jakun plak. Anda dapat saksikan harini kebanyakannya tak berpakaian kuning. Macam2 warna selain kuning. Ini adalah untuk senang lepas sekatan. Komuter Rawang tadi pun tiada polis tunggu. Tengok nanti kat KL Sentral macam mana.

Nantikan update seterusnya ketika saya di KL Sentral. Saya akan rakam senario keadaaan disana.

JGN ADA YG KENA DEMAM KUNING DAH LA :eek:
 
Insyaallah jika berpeluang saya akan update gambar2 live ketika disana menggunakan sumber yang terhad. GAMBAR/VIDEO HD tapi menerusi NOKIA C7

-Update coming this morning-

Saya akan bertolak dari komuter Rawang turun di KL sentral.
attachment.php


@@- 8.45am Saya bertolak dari komuter Rawang, destinasi KL Sentral. Dalam komuter ni pun dah ramai. Semua pakat sembang pasal bersih 2.0. Dah bersesak dalam komuter ni.adesss...Saya tak boleh nak tangkap gambar. Sesak dalam komuter..Nanti orang kata jakun plak. Anda dapat saksikan harini kebanyakannya tak berpakaian kuning. Macam2 warna selain kuning. Ini adalah untuk senang lepas sekatan. Komuter Rawang tadi pun tiada polis tunggu. Tengok nanti kat KL Sentral macam mana.

Nantikan update seterusnya ketika saya di KL Sentral. Saya akan rakam senario keadaaan disana.



hati hati bro...kalau kena tangkap tak jalan EA nanti :)
 
Back
Top
Log in Register