BTC USD 81,373.7 Gold USD 4,028.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

baharudin_anwar.png


baharudin_nizar_khalid.png


baharudin_ambiga.png


baharudin_surau.png


mohamad%20sabu_au3.jpg

takziah. family dia patut saman penganjur bersih!!!
 
Himpunan Bersih 2.0 berjaya

KUALA LUMPUR - Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 sebagai kejayaan besar dengan 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Bersih 2.0 memperoleh lebih sokongan daripada pelbagai kaum penyokong berbanding kempen pertama pada 2007 lalu.

“Saya tidak pernah melihat rakyat semua kaum bersatu kerana satu matlamat sebelum ini.

“Pihak berkuasa bertindak kasar dan tidak profesional. Saya nampak wanita ditolak sampai jatuh,” katanya di Hotel Midah, semalam.

Beliau yang turut sama pada perhimpunan itu dengan mengenakan kemeja-T berwarna kuning yang menjadi lambang Bersih 2.0.

Samad berkata, Bersih 2.0 akan cuba menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, namun tidak pasti bila.

Menurutnya, Bersih 2.0 tidak akan mengadakan lagi perhimpunan untuk menyerahkan memorandum.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Richard Yeoh turut menggesa penyokong Bersih 2.0 agar mengenakan pakaian kuning setiap Sabtu bagi menandakan pendirian mereka.

Yeoh berkata perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya masih belum berakhir.

INFO: SINAR HARIAN

Hidup pak samad :)cgrock
 
8 usul tu .. kena bentang kat parlimen .. bukan kat depan dataran merdeka atau stadium merdeka... dey.. ahli parlimen kena bahaskan.. setuju.. kena masuk dewan negara .. bahas lagi .. setuju .. agong sain .. baru boleh kuatkuasa..
siannya katak bwh tempurung besi ni...
sian dia xdapat joging ptg smlm sambil mkn lalat
 
mana dia kedai2 terbakar? mana dia bank2 terbakar? mana dia molotov? mana dia parang? mana dia negara asing nak menjajah negara kite? mana dia kereta2 terbakar??? mana2?

perarakan bersih adalah terbaik berbanding dengan negara jiran..

kalo cerita atas kertas kan tuan, bangunan 800 tingkat pun senang je nk siap
 
Back
Top
Log in Register