BTC USD 81,949.8 Gold USD 4,136.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

abes, ape langkah pertama yg kene buat?? cube kongsi skit kot2 tuan ade cara... minta menteri2 di parlimen bincang untuk penggubalan pilihan raya dengan antor surat resmi berheadletterkn kedai runcit jiran saye????
langkah pertama kena bawak usul tu dalam parlimen baru la blh dibincangkan - bak kata katak bawah tempurung besi
 
Jangan kacau warga kota yang aman dey .. Korang menyusahkan orang.. Korang paham ka.. Wahai melayu islam.
 
time 9 julaila beria nak jogging tasik titiwangsa la..macamla Bersih hari2..4 tahun sekali pun nak menyalak..
 
petang2 layan anak di dataran merdeka lari keliling padang.. layan skrin besar dataran merdeka .. kerana demostrasi yang menyusahkan orang awam.. dah kena berkurung .. tak hormat kebebasan warga kota ka..
penting diri punya org.
pastu ngaku islam
 
BERSIH- Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang awal tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Turut tiba adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpaksa berbalut lehernya selepas cedera semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana sudah terpaksa berlepas ke Langkawi pagi tadi untuk persidangan anggota Parlimen Islam Antarabangsa di mana PAS adalah tuan rumahnya.

Haji Mohamad Sabu yang jatuh selepas motor yang diboncengnya dilanggar kereta peronda polis sebelum ditangkap juga tiba namun terpaksa duduk di atas kerusi kerana kecederaan pada kakinya.

Selain mereka, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin juga hadir. Nizar masih memakai baju Bersih bagi menyatakan sokongannya kepada perhimpunaan semalam.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.

baharudin_anwar.png


baharudin_nizar_khalid.png


baharudin_ambiga.png


baharudin_surau.png


mohamad%20sabu_au3.jpg
 
Last edited:
hahahahaha..ahli tilik pulak dah..hahahahahahahah...first time saya berforum tergelak dengan kuat sekali...

hahahahhahhahahahah...hang memang lawak laa...sesuka hati ja tembak orang...

cuba hang fikir plak aposal orang dok bangkang hang sorang ja?

fikir panjang2222222222222

cuba hang fikir, kenapa dlm umat melyu yg ramai2 ni, tggu ambiga yg kedepan gak
 
warga kota ada hak nak hidup aman.. bebas bukan bawah tempurung korang katakan..
 
jalan2 keliling kotaraya ngan keluarga.jumpa kedai 4d bersepah2..jumpa 7E jual arak..bila berjalan malam di BB..fuhh ramai sungguh bangsa ku sedang BERSIH kelab2 malam...
ohhh tak hormat ISLAM langsunggggg...
lariiiiii
 
BERSIH -Jenazah mangsa gas akan dikebumi pagi ini

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.
 
Back
Top
Log in Register