BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersih 2.0 (ALL UPDATES)

ibrahim ali dok umah je,
salahkan bini dia tak bg keluar rumah.
pungpang sembang lebat rupanya takut bini :eek:

patut la ramai cai meroyan sejak dr semalam
leader harapan yg dorg puja2 & sanjung
menikus aje dirumah .
lepas ni ckp2 dia ni kita gelak jela.
silap2 KJ pun bantai gelak nih.
 
Tukar jer BN kpd PR pulak....kite tengok sape yg btol2 BERSIH!!!!!!!!
 
Jenazah mangsa gas akan dikebumi pagi ini

Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4279-jenazah-mangsa-gas-akan-dikebumi-pagi-ini
 
Aku dah agak dah niat perhimpunan BERSIH ni, sememangnya politik..FYI Ancaman Keselamatan Negara terbahagi kpd 2. Ancaman Dalaman (Nasional) dan Ancaman Luaran (serantau& global).
Kita citer pasal ancaman dalaman dulu la. Merangkumi POLITIK, SOSIAL,EKONOMI, DADAH, PENDTG ASING & CYBER... semua perkara ini boleh melibatkan ancaman terhadap keselamatan negara. Rasuah tu termasuk dalam ekonomi. Apabila terdedah dgn ini ancamannya terhadap negara ialah :

1)Memperlekehkan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang negara
2)Menggugat Keselamatan dan Ketenteraman Awam
3)Menjatuhkan imej negara
and etc
So, yg jadi mangsa rakyat. Ahli politik akan guna isu2 ni utk memperdayakan rakyat. Elok la berfikir sebelum bertindak. Jgn la kena jek sikit nk melenting. Esok bila parti kesayangan ko tu memerintah pun belum tentu ko nampak macam mana.. Apa pon hak ko la nak berpolitik tapi setidak tidaknya belajar dulu akibatnya secara menyeluruh sebelum bertindak. Don't be "childish". Ok bro Assalammualaikum


adakah dengan pimpinan sekarang rakyat tak jadi mangsa?...

siapa pemangsa yang sebenar TT....Kalo TT kata BERSIH adalah mainan orang POLITIK...tak kisah lah..itu aku tak nak komen..tp aku nak tanya..apa tindakan kerajaan terhadap isu yang di bawa oleh BERSIH....adakah tidak penting isu yang di bawa oleh BERSIH....kenapa kerajaan tidak bagikan ruang untuk BERSIH...?..semua persoalan-persoalan ini masih belum terjawab sampai sekarang...Rakyat yang cerdik bukannya rakyat yang hanya tahu cakap " YES BOSS"..Yang salah tetap salah..
 
Banyak perlu diperbaiki ekoran Bersih 2.0 - Timb menteri

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaicara menangani perhimpunan aman.

"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.

Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku dijalan raya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalan raya berjalan dengan aman."

Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.

Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.

Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.

Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.

Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.

Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.

Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.

Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.

Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.
http://bm.harakahdaily.net/index.ph...erlu-diperbaiki-ekoran-bersih-20-timb-menteri
 
bg aku la..org UMNO ni kena letak zoo..pemimpin dia kena letak muzium..smua dh x bole pakai..
 
xde langsung ciri2 seorang pemimpin..
xlayak pon jadi seorang pemimpin..
Aku lagi respek pada yg lain2..walaupun dalam list most wanted.
diorang tetap turun padang..
 
Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.

Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.

Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.

Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4279-jenazah-mangsa-gas-akan-dikebumi-pagi-ini


Sudah tiba ajal...
Al fatihah...

jangan plak salah kan polis...ok...
 
Back
Top
Log in Register