BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berseluar dalam nyorok atas siling

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Wanita berusia 30 tahun yang diberi pakaian menuruni tangga selepas dicekup cuba sembunyi di siling.
< 1 / 1 >
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki sanggup memanjat tangga dengan hanya berseluar dalam, manakala isterinya hanya berkemban dengan kain batik untuk menyorok atas siling ketika rumah mereka diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, awal pagi semalam.

Pasangan suami isteri dari Kemboja itu tidak sempat menyarung pakaian mereka, sebaliknya terus memanjat tangga buatan sendiri bersama tiga lelaki termasuk seorang kanak-kanak dalam serbuan kira-kira 2.30 pagi.

Ketua Penguatkuasanya, Mohd Sabri Ismail berkata, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Leech Avenue, Sungai Udang, di sini itu, pasangan berusia 35 dan 30 tahun itu kemudian ditahan bersama dua lelaki berusia 20-an dan seorang kanak-kanak 10 tahun selepas pemeriksaan mendapati mereka tinggal di negara ini melebihi tempoh dibenarkan.

“Kempat-empat mereka termasuk seorang kanak-kanak cuba menyembunyikan diri di atas siling dengan memanjat tangga diperbuat daripada besi yang diikat dengan kain perca ketika kami mengarahkan mereka membuka pintu.

“Melalui tingkap rumah, terdapat anggota yang melihat mereka mamanjat tangga tersebut sebelum dua anggota turut memanjatnya untuk menangkap mereka sebaik sahaja memasuki rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki dan seorang wanita warga Kemboja mendiami rumah sewa berkenaan turut diperiksa dan mereka didapati melakukan kesalahan sama, antaranya tinggal melebihi tempoh sehingga dua tahun.

“Siasatan awal mendapati kesemua bekerja mengambil upah menjahit baju sekolah tinggal di rumah. Kanak-kanak lelaki yang kematian bapa itu pula dipelihara dan tinggal bersama mereka di dalam rumah tersebut sejak ibunya dipenjara dan dikatakan tamat menjalani hukuman bulan depan,” katanya di sini, semalam.

Mohd Sabri berkata, kesemua warga Kemboja merupakan antara 24 warga asing ditahan daripada 60 yang diperiksa di lima lokasi berasingan di Ayer Keroh, Semabok, Bukit Katil, Sungai Udang dan Tangga Batu dalam Operasi 6P Bersepadu.
 
kesiannye

aritu dlm 999 nyorok bawah reban ayam

lari masuk hutan...
 
bile dah takut..
panjat pokok kelapa pun 5 saat jea..
 
Back
Top
Log in Register