BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berselfie tanpa henti

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
selfie01.transformed_0.jpg


Kuala Lipis: “Kak Yong gembira pada Ahad lalu selain tidak berhenti berselfie dengan saya di dalam kereta selepas kami sekeluarga makan di sebuah restoran di Pagoh, Johor, namun saya tidak menyangka itu petanda dia (Kak Yong) akan pergi buat selama-lanya.

“Saya reda dengan kejadian itu dan akan menggalas tugas menjadi ‘kakak sulung’ dalam keluarga,” kata Nor Farhana Mahmod, 20, adik kepada Nurul Lyana Mahmod, 23, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terbunuh dalam kemalangan kelmarin.

Ketika kejadian, Nurul Lyana dalam perjalanan ke Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands untuk menjalani latihan amali sebelum kereta Honda Civic dipandunya terbabas dan bertembung kereta Perodua Myvi di Kilometer 5, Jalan Sungai Koyan-Raub, dekat sini.

Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dari Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lipis, di sini, untuk bedah siasat.



SUMBER:http://www.hmetro.com.my/node/68289
 
AL Fatihah. Takziah kpd keluarga mangsa..
 
Macam mana boleh terbabas?

Takziah kepada keluarga mangsa.
 
Back
Top
Log in Register