BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersedialah...

mumoftwo

Fun Poster
Messages
126
Joined
Apr 27, 2012
Messages
126
Reaction score
1
Points
15
KU INTAI-INTAI

Hari-hari aku intai-intai akan perjalanan yang dulu,
Ku cari-cari di mana salah ku,
Ku renong-renong falsafah prinsip hidup ku,
Ku masih rasa ada yang terbeku di kalbu

Namun perjalanan ku sudah hampir ke destinasinya,
Sudah amat kurang tempat berlindung ditepian.
Untuk melepas lelah dan mohon pertolongan

Sering ku rasa bersendirian
Ku pujuk hati dan kan ku kata pada diri jangan kehairanan
Nanti disaat-saat akhir tidak akan ada teman
Aku dan Izrail itu sahaja, pastikan jangan ketakutan
Untuk itu taubat nasuha tidak berhenti ku pohonkan
Amal soleh ku cuba rangkai, mendidik hati dengan ehsan
Rahmat Allah semoga terkesan
Pada diri yang kerdil ini dan semoga hasrat kesampaian
MendapatTaman Syurga yang ku idamkan,
Semoga tanpa hisab, bersama semua yang ku sayang.
 
Back
Top
Log in Register