balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PUTRAJAYA - Penghuni isi rumah disaran bersiap sedia dengan amalan mandatori pengasingan sampah di rumah yang akan berkuat kuasa bermula September depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste and Public Cleansing Management Corp (SWCorp), Datuk Ab Rahim Md Noor.
Katanya, walaupun masih tinggal lima bulan untuk peraturan itu dikuatkuasakan, setiap ahli rumah harus tahu cara yang betul untuk melaksanakannya bagi memastikan bahan buangan domestik dapat dilupuskan secara sistematik.
"Pelaksanaan pengasingan sampah tersebut akan melibatkan pembuangan sisa makanan untuk dua hari pertama kutipan setiap minggu dan hari ketiga kutipan adalah untuk sampah yang boleh dikitar semula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara pertandingan larian 3R (guna semula, kurangkan, kitar semula) maraton di sini hari ini.
"Melalui syarikat konsesi yang dilantik untuk mengutip sampah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis, mereka akan turut memerhati dan mencatat isi rumah yang ingkar terhadap peraturan terbabit," katanya.
Katanya, bermula September notis akan dikeluarkan kepada mereka yang ingkar kepada peraturan tersebut dan mulai 2016 kompaun maksimum RM1,000 akan dikenakan.
"Jangka masa antara pengeluaran notis dan denda dilihat cukup untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan peraturan tersebut," katanya.
Jelasnya, melalui peraturan mandatori tersebut masyarakat akan turut menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian rutin biasa kehidupan mereka.
Seramai 5,000 peserta menyertai acara 3R Maraton yang dianjurkan bersempena karnival dua hari 3R anjuran SWCorp yang bermula semalam sebagai sebahagian kempen kesedaran kepentingan amalan 3R dan menjaga kebersihan alam sekitar demi generasi masa depan. - Bernama