afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,227
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,227
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Bersatu nafi PN sokong BN jika DUN Johor tergantung
Tun Faisal Ismail Aziz berkata sebarang kenyataan mengenai sokongan kepada BN atau PH hanya pendirian pihak tertentu.
Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata setakat pengetahuannya, Majlis Tertinggi PN tidak pernah membuat sebarang ketetapan mengenai perkara terbabit.
Beliau menjelaskan sebarang kenyataan mengenai sokongan kepada Umno atau BN, mahupun DAP atau PH, hanya pendirian pihak tertentu.
“Saya tidak pasti pula akan kemungkinan wujudnya rundingan oleh pihak-pihak tertentu dengan membelakangi PN seperti sebelum ini.
“Setakat pengetahuan saya, tiada sebarang keputusan dibuat MT PN untuk menyokong sama ada BN atau PH sekiranya berlaku situasi DUN tergantung di Johor,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu dibuat susulan laporan Presiden PAS Hadi Awang berkata parti itu sedia membantu BN membentuk kerajaan Johor sekiranya gabungan itu gagal memperoleh majoriti mudah selepas PRN.
Malah, Hadi berkata BN boleh menjadi menteri besar dan partinya tidak akan menuntut sebarang jawatan exco.
PAS sebelum ini meminta ahli dan penyokongnya supaya mengundi calon BN di kawasan tidak ditandingi PN.
Pada 8 Jun lalu, PAS memutuskan kerjasama dengan Bersatu namun kedua-duanya kekal dalam PN.
Mengulas lanujut, Tun Faisal berkata, keputusan dasar Bersatu selari dengan pendirian PN, iaitu menumpukan usaha memastikan lebih ramai calon PN dipilih rakyat Johor.
Katanya, kehadiran lebih ramai wakil rakyat PN di DUN Johor penting bagi mewujudkan semak dan imbang yang berkesan terhadap kerajaan negeri.
“Lebih ramai wakil PN dalam DUN bermaksud peranan pembangkang dalam memastikan kerajaan negeri lebih bertanggungjawab dapat diperkukuh,” katanya.