BTC USD 61,488.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersahabat dengan ular berbisa

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohd Hafiz memasukkan ular ke dalam mulutnya semasa persembahan.
< 1 / 2 >
KANGAR - Sebut sahaja ular berbisa, pasti ramai yang menggeruninya kerana ia dianggap haiwan yang mampu memudaratkan manusia sehingga ada yang mampu membunuh manusia dalam masa singkat.

Namun ular berbisa bukanlah sejenis haiwan yang suka menyerang apabila tidak dicabar atau didesak. Kerana sifatnya yang sedemikian, dua bersaudara yang mempunyai pertalian ipar Mohd Hafiz Azizan, 25 dan adik iparnya Mohd Hafiz Alias, 23, tidak kekok menjinakkan dan menangkap ular berbisa seperti tedung selar atau tedung senduk.


Minat sejak kecil

Kedua-dua mereka ini secara kebetulan gemar dan minat menangkap kepada ular sejak kanak-kanak lagi.

Minat terhadap reptilia berbisa itu semakin ketara apabila mencecah alam remaja di mana mereka menjadi tumpuan penduduk kampung yang meminta bantuan menangkap ular.

Mereka berdua tidak akan menolak asalkan diminta pertolongan atau diberitahu terdapat lubang tempat ular bersarang terutama di kawasan yang boleh membahayakan orang ramai.

“Saya sudah empat kali dipatuk ular tedung selar dan dimasukkan ke hospital, kali terakhir saya dipatuk ular berbisa itu adalah Mac tahun lalu," kata Mohd Hafiz Azizan mengenai pengalaman dipagut ular akibat terlalu ghairah dengan minatnya walaupun bisanya membahayakan nyawa.


Semakin dikenali

Namun minat kedua-dua Mohd Hafiz ini berbaloi apabila mereka semakin terkenal dan sering diundang mengadakan persembahan bermain ular di majlis-majlis rasmi kerajaan dan pesta keramaian.

Manakala Mohd Hafiz Alias yang berasal dari Sungai Batu Pahat, Bintong menganggap dirinya amat bertuah kerana minatnya kepada ular yang pada awalnya semata-mata sebagai hobi
akhirnya memberikannya peluang pekerjaan apabila dia ditawarkan bekerja di Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat oleh pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

Manakala abang iparnya dari Kuala Perlis pula mendapat pekerjaan di ladang mempelam harumanis milik PKENPs di Bukit Bintang, Bintong dekat sini.

Bagaimanapun mereka akan bergabung apabila diundang bagi mengadakan persembahan bermain ular sama ada di Perlis atau di luar Perlis.


Perlu kuat semangat

Kehebatan kedua-dua Mohd Hafiz bermain dengan ular berbisa seperti tedung selar, tedung senduk dan puntin disaksikan orang ramai semasa mereka mengadakan persembahan sempena Karnival IMT-GT di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar baru-baru ini.

Orang ramai yang menyaksikan persembahan itu mungkin tertanya-tanya apabila mereka melihat dengan mata sendiri Mohd Hafiz Alias yang digigit ular berbisa tidak menampakkan sebarang reaksi sakit atau pengsan sedangkan ular itu masih berbisa.

“Ular yang saya main dalam persembahan ini sebenarnya ular yang separa bisa, tetapi tetap merbahaya serta boleh menyebabkan sesiapa yang mempunyai daya ketahanan lemah akan pitam,” ujar beliau bagi menjelaskan keraguan orang ramai yang menyaksikan persembahannya.

Kata Mohd Hafiz, dia tidak perlu mendapatkan rawatan hospital akibat gigitan ular separa bisa itu sebaliknya hanya memakan sepotong nenas.

Namun kedua Mohd Hafiz ini menasihatkan supaya orang ramai yang ingin mencuba menjadi penjinak ular mestilah mempunyai keberanian dan semangat yang tinggi.

“Kesabaran sangat penting untuk kita memahami karakter ular terutamanya ular yang berbisa bagi memastikan kita tidak menjadi mangsa patukannya.

“Jika terkena patukan ular jangan mudah panik dan segera ke hospital untuk dapatkan rawatan,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/bersahabat-dengan-ular-berbisa-1.246490
 
Last edited:
ada ular yang lebih merbahaya
 
Agaknya kurang kawan manusia kit jadi gini.
 
mmg berani...lalai sesaat merana seumur hidup....
 
anugerah tuhan....
 
ni ari tu sapa yang nak cari orang pandai tangkap ular boleh cari dia.. kehkehkeh
 
Back
Top
Log in Register