BTC USD 84,787.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berpuasa tapi berpimpin tangan

ea.quality

Active Member
Messages
1,034
Joined
Nov 21, 2011
Messages
1,034
Reaction score
150
Points
33
Berpuasa tapi berpimpin tangan​

berpuasa-tapi-berpimpin-tangan


Berpuasa tapi masih lagi berpimpin tangan. Itulah yang kerap berlaku pada orang kita baik muda dan tua sesama bukan muhrim. Di bulan Ramadhan ini seharusnya perkara sebegini haruslah di elakkan.

Dalam Mazhab syafie, hukum bersentuhan kulit atau bersalam dengan makcik sebelah isteri atau dengan kakak ipar tanpa berlapik adalah tidak harus sama sekali kerana boleh mendatangkan fitnah dan mereka termasuk dalam kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

Budak Nakal

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya bahawa jika pihak yang terlibat (yang ada hubungan kekerabatan/persemendaan)terlebih dahulu menghulurkan tangannya, maka harus menyambut huluran tangannya dan seterusnya bersalam dengannya dengan syarat tidak disertai dengan syahwat dan aman daripada fitnah.

Lebih utama bagi seorang muslim atau muslimah agar tidak memulai berjabat tangan dengan yg bukan muhrim. Bagaimanapun, majoriti ulama’ tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah.

Seperti yang terjadi sekarang, anak muda lelaki dan perempuan bukan muhrim membeli juadah sambil berpegangan tangan malah ada yang tidak menutup aurat, sebagai perkara penting sepatutnya diberi perhatian tetapi dipandang mudah oleh segelintir umat Islam. Begitu juga pasangan yang menaiki motosikal untuk ke bazar mestilah berpelukan sedikit sebanyak.

Credit:http://www.suarapeople.com/2012/07/berpuasa-tapi-berpimpin-tangan/#
 
Back
Top
Log in Register