BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bernas akan tanam padi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA 14 Mei - Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan meneroka bidang penanaman padi dalam waktu terdekat bagi memastikan pengeluaran beras Malaysia mencapai tahap sara diri penuh.

Pengarah Urusannya, Bakry Hamzah berkata, Bernas pada masa ini sedang menjalankan kajian untuk melaksanakan projek penanaman padi.

Beliau berkata, keputusan mengenai cadangan berkenaan dijangka diketahui sebelum akhir tahun.

''Ini kerana kajian yang sedang dijalankan Bernas perlu mengambil masa,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Bakry berkata, cadangan untuk meneroka bidang penanaman padi membuktikan Bernas serius dan komited dalam memastikan negara mencapai tahap sara diri penuh.

''Saya percaya Malaysia mampu mengeluarkan beras untuk sara diri penuh dalam beberapa tahun akan datang.

''Langkah Bernas untuk meneroka bidang penanaman padi menunjukkan kami komited untuk mencapai matlamat tersebut,'' katanya.

Beliau berkata, pengeluaran beras negara pada tahap sara diri penuh mampu memastikan rakyat negara ini tidak terjejas apabila masalah harga beras tidak menentu berlaku.

''Langkah ini juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9),'' katanya.

Sementara itu, sumber industri memberitahu, projek penanaman padi yang akan diceburi Bernas adalah 100 peratus di dalam negara.

''Antara mekanisme pelaksanaan yang sedang dikaji ialah secara pajakan di mana Bernas bekerjasama dengan ahli-ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk mendapatkan tanah bagi projek penanaman padi.

''Selain PPK, Bernas juga berkemungkinan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri tertentu untuk mendapatkan tanah bagi mengusahakan projek penanaman padi yang dimaksudkan,'' katanya.

Tambah sumber yang sama, kerjasama dengan PPK dan kerajaan negeri adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan pemilik tanah daripada menghubungi mereka seorang demi seorang.

Beliau berkata, ini kerana terdapat lebih 140,000 pesawah yang aktif dalam negara pada masa ini.

BARU MAU BUAT KA?
 
Tuai PADI antara masak...

Esok jgn LAYU-LAYUAN......:p
 
Back
Top
Log in Register