Asalamualaikum
Pada pendapat saya, bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W.A itu adalah benar. Sesiapa yang pernah bermimpi Rasulullah S.A.W.A. dia sendiri akan tahu dan yakin seperti yang dinyatakan oleh Tuan Jebatderhaka.
Orang-orang yang bermimpi Rasulullah S.A.W.A adalah orang yang mendapat perhatian dari Rasulullah S.A.W.A sendiri. Cuma terpulanglah orang tersebut bagaimana ia mengambil iktibar dari rahmat yang ALLAH Taala berikan.
Wajib masuk syurga atas alasan pernah bermimpi Rasulullah S.A.W.A juga tidak dapat dipastikan. Kerana orang yang bertemu Rasulullah S.A.W.A secara nyata di masa hayatnya juga belum tentu dimasuk syurga, inikan pula bila ia telah wafat.