BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berlauk garam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MELAKA: Kepayahan hidup seorang ibu tunggal demi menjaga empat anak lelakinya yang bersekolah akhirnya mendapat perhatian apabila menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Bukit Katil, di sini, Sabtu lalu.
Siti Hasnita Buang, 39, antara 20 ibu tunggal terpilih menerima barangan bagi membolehkan mereka menyambut kedatangan Aidilfitri dengan lebih meriah. Siti Hasnita dari Taman Bukit Katil Permai berkata, dia tidak pernah menerima sumbangan seumpama itu dan bersyukur kerana dilimpahi rezeki bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.


“Sebelum ini, insan kurang bernasib baik seperti kami sering disisihkan, malah payah untuk mendapat perhatian daripada pihak lain terutama agensi berkaitan.


“Kesempitan kami pernah mencapai tahap saya dan anak berusia antara 13 hingga 17 tahun terpaksa menjamah nasi dan garam saja.


“Mujur, anak memahami kepayahan hidup yang kami tanggung dan tidak pernah merungut,” katanya.


Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bantuan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, sempena Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil. Program tahun ketiga ini turut mendapat sokongan Kerajaan Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Sani Ekspres Sdn Bhd, Tesco, Kumpulan Am Bank, Giant, Orang Kampung Corpora tion, Takaful Ikhlas, Federal Malay Holdings, Tenaga Na sional Ber had, Shell, Yusof Taiyoob Sdn Bhd, Padi Beras Nasional Berhad, Puspakom Sdn Bhd, Iltizam Perkasa, Kentucky Fried Chicken, Fel la Designs, Firefly, Milo, Fol low Me, Islamic Relief Ma laysia, Nurbeautyline dan Maggi.
 
haaallllaaaa... pak menteri pun setahun sekali @ dekat2 mengundi baru bagi.. tu pun masuk paper.. yang lain belambak lagi yang susah.. buat la diam2.. baru pahala belipat ganda...
 
siannyer..:( mcmni ke nak zero kan kemiskinan..
 
kena tunjuk contoh...nanti orang x tahu

sib baik ada masuk suratkhabar

siapa nak masuk lg?

confirm gelemer
 
ishh malu nya kalau aku jadi ketua kampung , wakil rakyat , pak menteri pada Siti Hasnita Buang ni ...
bagi aku ketua kampung kat tempat ni orang yang paling tak guna keja tidur je ambik elaun, kampung sendiri ada orang makan nasi dengan garam pun tak moh ambik tau ....kemudian wakil rakyat tempat ni makan berpingan2 satu hari, pakai keta terlebih satu, jamban umah lebih besar dari ruang tamu umah Siti Hasnita Buang ni gak nya ........tak guna punya wakil rakyat ...
Menteri Besar lagi huh mcm haremm susah sangat ke nak round seminggu sekali cari umah orang miskin nak tunggu masuk paper tv baru nak numpag tuii ke ......
 
menjawab la pemimpin sini dengan Allah nanti...adess
 
ehh jgn mcm tu..mgkn juga ketua kampung dh usulkan pada agensi berkenaan ,tp paham la kan agensi kerajaan nie mcm mana tahap keje dia..apply tahun nie..3 4 tahun lagi baru leh tau keputusan..maklum la zaman pakai kertas ngan pen ja..x pakai internet lagi..jd lambat la proses


ishh malu nya kalau aku jadi ketua kampung , wakil rakyat , pak menteri pada Siti Hasnita Buang ni ...
bagi aku ketua kampung kat tempat ni orang yang paling tak guna keja tidur je ambik elaun, kampung sendiri ada orang makan nasi dengan garam pun tak moh ambik tau ....kemudian wakil rakyat tempat ni makan berpingan2 satu hari, pakai keta terlebih satu, jamban umah lebih besar dari ruang tamu umah Siti Hasnita Buang ni gak nya ........tak guna punya wakil rakyat ...
Menteri Besar lagi huh mcm haremm susah sangat ke nak round seminggu sekali cari umah orang miskin nak tunggu masuk paper tv baru nak numpag tuii ke ......
 
oiii.. mak aihhh.. malu den ngan melaka ni...

negeri kecik pun x dpt jaga ke????
 
sodih den donga crito cmni...

ghaso2 ado layie yg x masuk surt khaba tu agak eh...
 
Back
Top
Log in Register