BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkubang buang susuk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle

SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai.

KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun.

Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa.

“Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
“Saya terpaksa berendam seminggu dalam kubang kerbau dengan bantuan bomoh yang membuang debu-debu susuk di dalam tubuh.

“Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai,” katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat.

Hayati berkata, dia mula memakai susuk ketika berusia 25 tahun berikutan ingin kelihatan cantik supaya kedai makan diusahakannya menarik pelanggan.



sumber; http://www.hmetro.com.my/articles/Berkubangbuangsusuk/Article
 
btul ke cara buang susuk tu? kenapa ikut cara bomoh? kan perubatan islam ade..cubalah.. pasal2 xsolat seminggu...
 
emm...nak berubat pun wajib ikut cara islam.. maybe solat dlm air kot..
 
btul ke cara buang susuk tu? kenapa ikut cara bomoh? kan perubatan islam ade..cubalah.. pasal2 xsolat seminggu...

kalau mskkan emas dlm bdn utk tujuan syirik,sah ka solat
 
Back
Top
Log in Register