BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkorban demi Royall Sattee

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg

Mohd Yusri menunjukkan produk Emaswari keluaran Myma Frozen.

image.jpeg

Mohd Yusri sanggup berhenti kerja demi Royall Sattee.

image.jpeg

Mohd Yusri (tengah) turut membantu pekerjanya membakar sate untuk pelanggan mereka.


MEMULAKAN kerjaya sebagai seorang jurutera elektrik selama enam tahun, Mohd Yusri Mohd Ali mengambil keputusan untuk mengubah nasib dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Mohd Yusri yang juga merupakan Pengarah Urusan Myma Frozen Sdn Bhd berkata, keputusan tersebut diambil selepas penat makan gaji.

“Sebelum saya ambil keputusan berhenti kerja dan mula berniaga, saya ada terfikir jika buat bisnes sendiri, saya boleh duduk rileks dan banyak masa untuk bersama keluarga.

“Jadi, bermodalkan RM85, saya mula berniaga secara atas talian dengan menjual produk kesihatan bagi mengumpul duit untuk menjalankan perniagaan lain,” katanya ketika ditemui di Puncak Alam, Selangor baru-baru ini.

Menurut Mohd Yusri, hasil daripada perniagaan online tersebut, beliau akhirnya mengambil satu langkah ke hadapan dengan menjual sate di Sungai Buloh.

“Myma Frozen ditubuhkan pada 7 Ogos 2012 di mana saya menjual produk makanan sejuk beku berasaskan ayam, daging, kambing, arnab dan rusa yang juga digunakan untuk menjual sate.

“Saya juga mula menjual sate secara kecil-kecilan di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor dan sambutan yang saya terima ketika itu amat menggalakkan sehingga mendorong saya memperkenalkan perniagaan berkonsepkan kios,” katanya.
Mula dengan jual ayam sejuk beku

Menurut Mohd Yusri, di awal penubuhan Myma Frozen, tumpuan lebih diberikan kepada menjual makanan sejuk beku berasaskan ayam yang menggunakan jenama Emaswari.

“Masa itu kami jual ayam percik dan ayam madu berempah dan kami berjaya memasuki pasar raya Tesco serta Mydin melalui kaedah consignment (keuntungan berdasarkan barangan yang terjual).

“Tetapi sampai satu masa, kami tidak larat untuk meneruskan kaedah consignment dan permintaan semakin meningkat, jadi bagi menampung perbelanjaan saya mula menjual sate,” katanya.

Mohd Yusri berkata, beliau kemudian mencari tapak untuk berniaga sate di mana Myma Frozen mampu menjana pendapatan secara tunai bagi menampung perniagaan sejuk bekunya.

“Alhamdulillah, cara ini berkesan dan ia membantu kami meneruskan perniagaan di mana jualan harian sate dapat membantu operasi syarikat selain jualan bulanan produk sejuk beku kami,” katanya.

Menurutnya lagi, nama Emaswari diambil dari singkatan emas warisan dan Myma Frozen mampu menghasilkan produk sejuk beku tersebut di antara 12,000 hingga 15,000 paket sebulan.

“Daripada segi sambutan untuk ayam percik dan ayam madu berempah kami, ia mengikut musim. Kadang-kadang ayam percik lebih banyak dijual berbanding ayam madu berempah,” katanya.
35 kios Royall Sattee

Selepas jualan sate mendapat sambutan menggalakkan, Mohd Yusri sedar beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengembangkan perniagaannya itu di sekitar Lembah Klang.

“Oleh itu, saya ambil keputusan untuk menjalankan perniagaan menggunakan konsep kios di mana sate dijual menggunakan kios yang dibuka berhampiran kedai makan atau restoran yang menjadi tumpuan ramai.

“Sehingga sekarang saya mempunyai 35 kios sate yang dikenali sebagai Royall Sattee di sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Sungai Buloh, Gombak dan Damansara,” katanya.

Mohd Yusri juga berkata pihaknya kini dalam proses menyiapkan tempahan 15 kios Royall Sattee untuk dibuka di selatan Semenanjung Malaysia dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, idea menjual sate menggunakan kios diperoleh melalui cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Transformasi kios secara francais terhasil memandangkan ia tidak memerlukan modal besar berbanding konsep francais menggunakan kedai yang ada sekarang ini.

“Dengan adanya francais menggunakan kios, kita hanya memerlukan modal kecil dan mampu membuka perniagaan sendiri tanpa perlu berfikir mencari modal yang banyak,” katanya.
Untung hingga RM800 satu malam

Mohd Yusri berkata, bagi individu yang berminat untuk membuka kios Royall Sattee, mereka hanya perlu melabur RM8,500 sebagai modal dan semua kelengkapan akan disediakannya.

“Kami di Myma Frozen akan menyediakan semua kelengkapan bagi mereka untuk berniaga bermula A hingga Z sehingga mereka mampu memperoleh keuntungan dan membuat pusingan modal.

“Selain menyediakan kios dan peralatan yang lengkap, kami turut memberi 500 cucuk sate ayam dan 500 cucuk sate daging bagi mereka berniaga dan hanya perlu sediakan pekerja sahaja,” katanya.

Menurut Mohd Yusri, kios sate tersebut akan dibuka mengikut lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kedai mamak dan restoran.

“Kita akan membayar sewa kepada pemilik kedai tersebut dan individu yang berminat boleh terus berniaga di situ dan mampu mengaut keuntungan RM300 hingga RM800 semalam bergantung kepada lokasi tersebut.

“Tetapi harus ingat, tiga bulan pertama berniaga, akan ada sedikit kesusahan dari segi bilangan pelanggan yang berkurangan memandangkan masih baru dibuka, tetapi selepas itu sambutan Insya-ALLAH menggalakkan,” katanya.

Untuk sate ayam dan daging dijual pada harga RM0.80 secucuk, manakala sate kambing RM1.20, sate rusa RM1.80 dan sate arnab RM2.
Buka cawangan di China

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Mohd Yusri berkata, Myma Frozen dalam perancangan membawa produk Royalle Sattee ke restoran di China.

“Restoran tersebut mempunyai 60 cawangan dan kami sedang menunggu keputusan pihak tertentu untuk membawa produk kami ke sana,” katanya.

Myma Frozen juga kini sedang merancang untuk mengembangkan perniagaan Royall Satte di Malaysia dengan memecahkan empat bahagian perniagaan di selatan, timur, utara dan Lembah Klang.

“Kami akan cuba mengusahakan setiap negeri mempunyai kios Royall Sattee di mana kami akan melantik pengedar bagi mengedarkan sate kami seluruh Malaysia.

“Buat masa ini saya menyasarkan untuk membuka 100 biji kios Royall Sattee di Semenanjung Malaysia tahun ini dengan sokongan pihak terbabit seperti KPDNKK dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA),” katanya.

Menurut Mohd Yusri, Myma Frozen juga akan memperhebatkan promosi produknya dalam mencari individu yang berminat untuk membuka kios Royall Sattee di kawasan mereka.

“Kami menggalakkan mana-mana individu yang berminat untuk membuka kios kami boleh menghubungi kami memandangkan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu mereka yang minat berniaga terutamanya golongan muda,” katanya.
Perniagaan bukan kerja yang mudah

Setiap usahawan berjaya pasti ada cerita dan nasihat yang ingin dikongsi kepada usahawan muda dan baharu yang mula berjinak untuk berniaga.

Begitu juga Mohd Yusri di mana beliau berkata, menjadi seorang usahawan tidak boleh dikategorikan sebagai pekerjaan yang paling mudah dan senang.

“Setiap pekerjaan ada masalahnya sendiri, cuma kita perlu fikirkan jalan penyelesaiannya secepat mungkin dan jangan bertangguh dan itu boleh menyebabkan ia bernanah.

“Bagi usahawan baharu, mereka perlu memperbanyakkan tindakan dari berfikir kerana bagi saya masalah akan selesai jika kita banyak bertindak dari berfikir, tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya lagi, apabila perniagaan semakin bagus dan berjaya, usahawan perlu bersedia menghadapi cabaran yang makin besar dan mencabar.

“Masa ini kita perlu buat keputusan yang baik dan jangan main langgar sahaja untuk dapat keputusan yang cepat dan pantas. Ilmu juga penting selain pengalaman yang mengajar kita untuk kekal berjaya,” katanya.
 
Kiosk/franchise..itu e-myth revisited in-action..

Salute kepada tauke royal satte ni.

Sure bakal jutawan ni (kalo blom jadi)
 
Last edited:
tahniah2 moga berkembang maju perniagaan org melayu
 
Back
Top
Log in Register