BTC USD 86,036.2 Gold USD 4,187.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkeluarga

Jawapan ni jer lah aku boleh bagi.

Dugaan kuat.

Kadang duit tak cukup.

Nafkah kerap miss untuk kasi kat bini.

Kerap pinjam duit dari adik beradik...kekadang mak bapak yang dah tu takde duit tu pun di mintaknya.

Dah berkeluarga patutnya dah tahu urus kewangan.

Buang ASTRO, aircond, shower...banyak juga duit yang dapat dijimatkan.

Hidup ikut kemampuan, bukan ikut kehendak.

Bila manjankan anak bini yang jadi susah.



Ingat balik segala dosa yang kita pernah buat...terutama pada mak bapak kita masa kita remaja dulu.

Anak kita lak buat pada kita.

Tengok leh sabar tak.

Tengok kita sedar tak...kifarah.



Ada yang anak² dah umur antara 13 - 21.

Tak tahan dengan kerenah, leh lak dia kata benci dan bosan dengan anak isteri.

Mencabar kesabaran katanya.

Nak bercerai etc.


Padahal kalau bercerai, lagi teruk masalah yang akan di tanggung.

True story.



Bahagian masing² atas dunia.

Ada yang keluarga bahagia tapi suami/isteri/anak sakit kuat.

Macam² lah.

Kita biasa baca dalam akhbar kan?

Itu lah kehidupan~


#duniahanyasendagurau
#duniahanyamain²







Saya ada soalan bagi yg telah berkeluarga?

Apa definasi korang tentang adil dan saksama
 
Last edited:
Jawapan ni jer lah aku boleh bagi.

Dugaan kuat.

Ingat balik segala dosa yang kita pernah buat...terutama pada mak bapak kita.

Anak kita lak buat pada kita.

Tengok leh sabar tak.

Tengok kita sedar tak...kifarah.



Ada yang anak dah umur antara 13 - 20.

Tak tahan dengan kerenah, leh lak dia kata benci dan bosan dengan anak isteri.

Nak bercerai etc.


Padahal kalau bercerai, lagi teruk masalah yang akan di tanggung.


True story.

Good definition
 
Juz nak menyampuk...

Kelebihan TT:-

1.Dah ada buah hati yg cantik & setia...

2.Dah ada aset.

3. Dah ada kerjaya.


Jika dibanding dgn aku masa mula kahwin (umur 28, wife 26):-

1. Aku hy ada kereta proton yg x abis bayar. Kerja swasta makan komisen.

2. Isteri baru masuk keje gomen (2 bulan), ada kereta yg baru masuk loan.

3. Xde aset rumah.

Alhamdullilah....dah ada anak 4 dah TT (8 tahun kawen). Dah ada anak baru dapat beli sebuah rumah teres & tambah 1 lagi kete SUV.

X payah le fikir byk sgt TT, berserah saje pd Tuhan. InsyaAllah, semua akan dipermudahkan.

Gaduh, merajuk, bahagia tua adat la resam rumahtangga.

Bertuah la TT ada kekasih yg sabar tunggu.


Yup memang saya bertuah ada dia dan keluarga dia.

Kalau nak ikutkan dugaan saya dan buah hati saya. Saya yakin dugaan dia dan cakap cakap org lagi mencabar.

Setia dia pada saya tida galang gantinya
 
banyak advantage yg saya nmpk. tambah2 lg parent dua2 pihak berkenan.
ikut logik akal boleh je proceed. tapi itulah saya pun takda kat tempat tt, tak boleh nak komen lebih2

tt & gf ramai adik beradik yg masih sekolah ke ?
 
Nnt bila tt dh kawin,mesti tt menyesal
 
Tak saya yakin kedua kami tidak kedekut sesama keluarga kami.

Cuma yg dapat saya katakan kami takut tak berlaku adil ini hanya contoh, dapatkah kami beri sepenuh perhatian pada keluarga sana dan kelurga sini adil dari segi masa antara kami. Jika ada anak adakah kami dapat berikan masa yg secukup nya waktu mengajar anak mengaji membaca mengulangkaji pelajaran atau kami hanya menghulurkan duit pada individu lain utk buat semua tu.

Boleh kah kami jadi adil dalam segi perhatian. Adil ni sesuatu yg subjektif dan banyak pertikian.

Percaya atau tidak org macam saya dan buah hati saya ini lah golongan yg banyak tidak bernikah. Bukan seperti yg banyak komen di tread andartu or wanita tak berkahwin 30an.

Niat berkeluarga itu ada memang ada tetapi golongan kami tidak mahu org lain terkesan kerana kami belum yakin kami boleh jadi adil.

Saya kagum dengan ramai org yg berkeluarga boleh berlaku adil. Bagi saya mereka ni hebat.

Bagusla tt,pikir panjang,btul la tt katakan tu..nnt dh kawin suh bini berenti keja,byk la masa uruskan anak..
 
banyak advantage yg saya nmpk. tambah2 lg parent dua2 pihak berkenan.
ikut logik akal boleh je proceed. tapi itulah saya pun takda kat tempat tt, tak boleh nak komen lebih2

tt & gf ramai adik beradik yg masih sekolah ke ?
l
ß

Saya anak yatim dan bongsu dari 5 adik beradik manakala buah hati saya anak sulung 7 adik beradik tinggal 2 di IPTA
 
Trick question ke nie?

:">

Menyesal...tak kahwin dari awal?

:D

Btul le tu,:))..aku kawin umo 26 pon rasa mcm dh lambt...masa muda xkan berulang rugi kawin lambat..
 
Back
Top
Log in Register