BTC USD 81,505.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berkeluarga

aku_je

Silent Member
Messages
0
Joined
Nov 9, 2018
Messages
0
Reaction score
2
Points
5
Sebelum berceloteh panjang, saya buka tread ini macam kesinambungan tread andartu dan tak kawin lagi umur 30an.

Ok macam ni jalan ceritanya saya berumur 38 dan buah hati saya umur 35. Kami dah berkenalan hampir 18 tahun. Saya kenal buah hati saya masa tu saya tahun kedua di university manakala dia ketika tu menunggu keputusan SPM. Berkenalan di alam cyber (mirc chanel mamak) mula-mula nya. Kami mula bersua muka masa dia dapat sambung belajar di ibukota, kira 1st time jumpa la. Jumpa amat jarang kalau berborak pon hanya melalui email atau dia call rumah keluarga saya (zaman tu public phone masih terkenal) lepas 3 tahun berkawan akhirnya kami mengakui kami bukan sekadar berkawan kira bercinta la.

Saya pernah bertandang kerumah keluarganya malah mengenali ibu bapa serta adik beradiknya. Kami bukan macam pasangan lain yang sentiasa ada masa nak keluar bersama. Jumpa amat jarang sekali makan bulan pon ada. Tapi sampai la ni kami tak bernikah lagi. Kami masih sama seperti dulu masih sayang menyangi malah mungkin bertambah sayang.

Nota kaki.

- Kami tak pernah berzina (saya bagi tau awal awal sebab kompem akan ada nanti yg type yg bukan bukan)
- Buah hati saya pernah bertunang kemudian putus.
- Pekara maksiat yang pernah buat dia salam cium tangan saya.

Latar belakang

Saya

- Lelaki biasa
- Berpendidikan IPTA
- Bekerja swasta
- Ada rumah sendiri teres2 tingkat
- Ada sebiji moto (moto since belajar)

Buah hati saya

- Wanita yg cantik
- Berpendidikan IPTA
- Berkerja Kerajaan
- Ada rumah sendiri teres 1 tingkat
- Ada kereta sebiji (habis bayar)

Sejarah

- Kami tak pernah putus
- Sebab buah hati bertunang sebab ibu dia takut dia jadi andartu
- Pilihan ibu dia (lelaki tersebut orang kampong dia)
- Bertunang lebih setahun
- Semasa dia bertunang hubungan saya serta dia dan keluarga dia seperti biasa malah saya jaga buah hati saya di hospital.
- Masa bapa dia terlantar di hospital pon saya ada bersama keluarga dia.
- Buah hati saya serta keluarganya yg memutuskan pertunangan.
- Antara sebab yg paling kukuh dia memutuskan pertunangan dia takut berzina dengan suami dia nanti (takut membayangkan saya ketika hubungan ngan suami)
- Saya teman kan dia buat laporan polis sebagai langkah awal sebab mendapat ugutan dari pihak bekas tunang

Peroalannya kenapa kami tak bernikah

- Niat tentunya ada
- Kami selalu memikirkan tentang masa hadapan.
- Adakah kami mampu ?
 Kadangkala kami pon terpaksa ikat perut
 Kadangkala terpaksa tangguh beberapa bil bil bulanan
 Makan pakai kami alakadar
 Kami tak bermewah
- Adakah kami boleh jadi suami isteri yang baik dan bertanggungjawab?
- Adakah kami boleh jadi ibu bapa yg baik dan bertanggungjawab? (jika ada anak)
- Adakah kami mampu adil dalam semua segi?
- Adakah kami mampu berhadapan dengan situasi yg masing masing sibuk? (jika sekarang ini nak keluar makan bersama or bertemu pon makan bulan)
 
gaji berapa??

part duit kena congak siap2.

duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit.
 
38 vs 35 :-?
tak teringin nak ada anak ke?
rezeki lepas kawin jangan risau, tahun pertama dan kedua pasti susah..
lepas kawin baru tahu erti dugaan2 sebenar hidup..tapi itulah yang mengikat pertalian suami isteri..susah senang bersama
 
38 vs 35 :-?
tak teringin nak ada anak ke?
rezeki lepas kawin jangan risau, tahun pertama dan kedua pasti susah..
lepas kawin baru tahu erti dugaan2 sebenar hidup..tapi itulah yang mengikat pertalian suami isteri..susah senang bersama

Itu yg kena pikir panjang dugaan. Bakal menyusahkan banyak pihak
 
Aku kawen masa tahun akhir di UM, isteri aku kerja kerani dgn gaji RM700 sebulan pd masa tu. lepas belajar aku kerja sbg kerani biasa juga dgn gaji RM750 sebulan. skrg ni alhamdulillah anak ada 3, rumah, tanah ada. perkahwinan dh 22tahun.
Jodoh rezeki adalah ketentuan Allah. kita perlu merancang. So TT jgn takut utk kawen lebih lebih lagi kedua duanya sudah ada kerja.
Cepat-cepat kawen, ntt nyesal.
 
persoalannya apa TT ?

klo xda jodoh, mmg xda..

xyah cerita bulan dan bintang..

Sebenarnya ni kesinambungan tread andartu dan kenapa wanita tidak berkahwin umur 30an.

Maka adalah tread ni. Sebab pekara ni berlaku, saya dan buah hati saya hadapinya.
 
Aku kawen masa tahun akhir di UM, isteri aku kerja kerani dgn gaji RM700 sebulan pd masa tu. lepas belajar aku kerja sbg kerani biasa juga dgn gaji RM750 sebulan. skrg ni alhamdulillah anak ada 3, rumah, tanah ada. perkahwinan dh 22tahun.
Jodoh rezeki adalah ketentuan Allah. kita perlu merancang. So TT jgn takut utk kawen lebih lebih lagi kedua duanya sudah ada kerja.
Cepat-cepat kawen, ntt nyesal.

Betul. Rezeki ada dimana mana. Kadangkala bukan punca utama rezeki. Tapi beban tanggungjawab. Seperti boleh kita bersikap adil dan bertanggungjawab
 
Itu yg kena pikir panjang dugaan. Bakal menyusahkan banyak pihak

tak thrill la hidup takutkan dugaan..
dugaan dan ujian la yang menjadikan kita manusia yang bersyukur..
life is short bebeh
 
Back
Top
Log in Register