ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
CHRIS BULL (kiri) dan Phoebe Baker dari England akan melangsungkan perkahwinan mereka pada ketinggian 24.38 meter pada Jumaat ini. AGENSI
Somerset 28 April – Sepasang kekasih memilih untuk melangsungkan perkahwinan mereka di atas kabel pada ketinggian 24.38 meter di udara, majlis pertama seumpama itu di sini.
Majlis perkahwinan antara Chris Bull, 37, dan Phoebe Baker, 25, itu akan berlangsung di Wookey Hole Caves di Somerset pada Jumaat ini.
Bull dan Baker yang masing-masing tinggal di Hanham, Bristol akan diikat sebagai langkah keselamatan semasa berdiri di atas kabel itu.
Pasangan kekasih tersebut merancang majlis perkahwinan mereka sejak setahun lalu yang turut melibatkan penggunaan peralatan khas yang dipasang di kawasan seluas 79.2 meter.
Baker yang bekerja sebagai tukang jahit berkata, majlis perkahwinan itu merupakan impian mereka berdua sejak pertama kali bersua.
Bull yang merupakan pejalan kabel profesional dengan pengalaman selama 15 tahun, turut mengajar kekasihnya itu kemahiran tersebut sejak empat tahun lalu.
Majlis perkahwinan seumpama itu merupakan tradisi untuk mereka yang sering melakukan acara berjalan di atas kabel pada tempat tinggi.
“Perkahwinan antara mereka yang terlibat dalam acara ini sangat jarang berlaku, jadi saya ingin melakukan tradisi ini.
“Saya tidak menjangka akan menemui bakal isteri yang bersetuju melakukan acara ini,’’ kata Bull kepada portal Mail Online selepas latihan majlis perkahwinan itu semalam.