BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berjalan 3km selepas diserang beruang

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
bear-tongue_1558824i.jpg



Alaska: Dalam keadaan berlumuran darah akibat diterkam beruang, seorang wanita terpaksa berjalan sendirian sejauh lebih tiga kilometer bagi mendapatkan bantuan.

Wanita yang mahu identitinya dirahsiakan itu mengalami kecederaan parah di leher, lengan dan kakinya.


Sumber berkata, wanita terbabit sedang berjoging bersama suaminya - seorang anggota tentera - berhampiran pangkalan tentera Anchorage, pada pagi kelmarin sebelum mereka terpisah.



Ketika berlari menuruni bukit berhampiran selekoh di kawasan itu dan bertembung dengan seekor beruang membawa dua anaknya.


“Mangsa diserang kerana beruang berkenaan berasa terancam dengan kehadiran wanita berkenaan.


“Kami percaya serangan dilakukan kerana beruang berkenaan mahu melindungi anaknya,” katanya.

Menurut sumber itu, pihak berkuasa tidak dapat memastikan berapa lama wanita itu terlantar di tempat kejadian selepas diserang sebelum dia diselamatkan.


“Kemampuannya untuk terus bertahan dalam keadaan itu bagi mendapatkan bantuan sangat luar biasa. “Trauma yang dihadapinya dan kejayaannya menyelamatkan diri sangat menakjubkan,” katanya. - AP



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berjalan3kmselepasdiserangberuang/Article/index_html
 
sibbaik beruang tu x buat dia lauk kalo x mmg x selamat.
 
kalo kat alaska,memang yang kena serang beruang,jenis ***** sombong,musim sekian jangan masuk,dia masuk,masuk berkumpulan,masuk seko..
 
panjang umur pompuan tu.
panjangnye lidah beruang tu..
 
kat alaska rupenyer..

jauh lagi so takpe la..:p
 
panjang betul lidah beruang ni..

jauh jugak tu 3 km, nasib baik tak pengsan tengah jalan..
 
Back
Top
Log in Register