BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berjaga-jaga dgn risalah percuma terutama KL

farouck

Active+ Member
Messages
2,542
Joined
Aug 22, 2006
Messages
2,542
Reaction score
1
Points
25
Budak Melayu diupah edar komik kristian. Apa nak jadi?



Nampaknya semakin kurang ajar dan tidak sensitif golongan ini terhadap umat Islam di Malaysia. Bangkitlah umat Islam di Malaysia ini dari lena dan mimpi, sebelum anak kita sendiri yang sesat. Berjihadlah dengan diri sendiri, harta dan wang ringgit untuk membela Islam di Malaysia ini, jangan serahkan tanggungjawab ini kepada orang lain.

Komik agama bukan Islam berbahasa Melayu diedar percuma
Utusan Malaysia 18 Sep 2006

Ada kumpulan tertentu menyebarkan buku komik agama bukan Islam berbahasa Melayu secara percuma kepada orang ramai. Komik tersebut saya peroleh secara percuma di tempat letak kereta Taman Shamelin Perkasa, Cheras baru-baru ini.

Yang lebih malang lagi pengedarnya dilakukan oleh belia Melayu yang saya jangkakan mestilah beragama Islam. Apabila ditanya tahukah mereka apa yang mereka edar, mereka menjawab mereka tahu tetapi terpaksa dilakukan demi kerja.

Belia yang sememangnya dahagakan pekerjaan terpaksa melakukan kerja tersebut demi wang ringgit untuk menyara hidup di kota raya. Golongan berkenaan mengambil kesempatan terhadap mereka.

Komik tersebut bertajuk Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam.

Persoalannya kenapa komik itu dibukukan dalam bahasa Melayu dan diupah belia Melayu untuk mengedarnya? Mengapa pula diolah dalam bentuk komik?

Seolah-olah terdapat suatu usaha golongan tertentu untuk menarik orang Melayu bertukar agama dan seperti ada sebaran secara halus dengan menyasarkan kanak-kanak untuk membacanya kerana mereka masih mentah dalam pengetahuan agama dan mudah dipengaruhi.

Komik itu menyebut 'Allah' bagi maksud Tuhan sedangkan agama berkenaan tidak menggunakan nama 'Allah' dalam kitab dan ibadat mereka.

Jelas menunjukkan penerbit buku ini mempunyai tujuan untuk mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.

Komik ini diedarkan jelas bukan bermotifkan perniagaan kerana ia percuma.

* hati-hatilah wahai umat yg seagama denganku
 
Dunia akhir zaman ni mcm2 berlaku deh. kena jaga family dgn ketat ni.
 
memacam stail la diorang nie nak pesongkan aqidah org islam...x gentle langsung main racun2 cara busuk nie...isk isk..bengong betul..
 
aku pernah baca komik ni kt dlm NG..mmg cila*** diaorg ni..aku rase diaorg nk memancing golongan muda yg masih kurang pengetahuaan..ye la komik..mesti ramai tk rase ade ape2 dlm tu..padahal..mmg akan merosakkan akidah golongan generasi muda..
 
yang melayu b*ngs** pi edar komik tu buat apa ? demi kerja ? tengok lah...begitu rapuhnya iman orang2 melayu masa skarang ni ... inilah musuh yg lebih bahaya daripada musuh yg terang terangan
 
dapat kat aku org yg edar tu aku kasik kerja kat dia....

kalau pasal kerja jerkk dia bleh buat cam tu.....

*aku kasik dia jadik tokan...
 
risalah mcm2 nak ajak jd murtad srng...da aktif giler...
 
kalau ada ilmu agama walaupun asas at least kita dapat hindari semua nie..kalau sape2 yg mmg dari kecik tak tau ape2..itu yg bhaya tu..
 
Back
Top
Log in Register