BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berita Recycle Tiap Election!

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
68 penyokong setia Pas Padang Terap sertai UMNO
10/10/2011 11:21am

KUALA NERANG 10 Okt. – Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata, beliau menyertai UMNO kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.

"Saya sertai UMNO disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam tadi.

Majlis penyerahan borang tersebur diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai UMNO disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar.

Sementara itu Mahdzir berkata, ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan UMNO dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang,” kata beliau. - Bernama
 
dah xde cara lain dah ke umno ni...cara basi ni jugak la yg di ulang2 tiap2 kali nak pilihanraya..
 
UMNO memperjuangkan agama,bangsa dan negara..?

parti yg tolak hudud di katakan pejuang agama..

meng0ng..~X(~X(
 
nak buat camner, pengarah & penulis skrip yg sama jer dah bertahun2, dah kertu + lapuk

dah xde cara lain dah ke umno ni...cara basi ni jugak la yg di ulang2 tiap2 kali nak pilihanraya..
 
kesian aku tngk umno..
desperate..tp ade org cium bontot jugak..xbrani nk hadapi perubahan..
itu pasal otak xkembang2..

skrip pon dah nmpak umno ni parti racist.
 
kalo utusan tu, mau dia tulis 6800 org...hahaha..
 
kalo diikutkan la..dari dulu sampai la sekarang berapa ramai agaknya penyokong pas yang keluar pas dan masuk umno agaknya ??:D:D
 
Kalo kira balik mau dah nak sama penduduk M'sia kot :)):)):))

kalo diikutkan la..dari dulu sampai la sekarang berapa ramai agaknya penyokong pas yang keluar pas dan masuk umno agaknya ??:D:D
 
Back
Top
Log in Register