BTC USD 38,025.0 Gold USD 1,779.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beristinjak

abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,738
Reaction score
37
Points
70
Beristinjak

Pengertian istinjak ialah membersihkan qubul (kemaluan hadapan) dan dubur (kemaluan belakang) dengan menggunakan air atau benda-benda kesat sehingga bersih dan suci. Hukum istinjak adalah wajib. Alat yang boleh digunakan untuk beristinjak ialah:

(i) air mutlak iaitu air sungai, air perigi, air mata air, air laut dan sebagainya
(ii) benda-benda yang keras dan kesat seperti batu, kayu, kertas, daun dan lain-lain.

Haram beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang dihormati seperti makanan, tulang dan benda-benda yang ditulis dengan nama Allah, ayat-ayat Al-Quran serta hadis.

Syarat beristinjak dengan menggunakan batu dan benda-benda kesat adalah seperti berikut:

- sekurang-kurangnya tiga kali disapu dengan tiga biji batu atau batu yang mempunyai tiga penjuru
- najis yang keluar itu kering
- najis belum kering pada tempatnya
- najis tidak berlumuran pada tempat keluarnya
- tidak terkena najis lain ke atasnya
- najis tidak dibasahi air
- tertentu sahaja

Beristinjak menggunakan air ialah dengan membasuh tempat keluar najis dengan bersih dan suci. Tempat yang terkena najis mesti dibersihkan sehingga menghilangkan rasa, bau dan warna / zatnya.

Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil samada tiga kali, lima kali, tujuk kali dan seterusnya dan menggunakan tangan kiri. Sewaktu beristinjak, kita disunatkan membaca doa yang bermaksud: "Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kekotoran (perbuatan yang keji)"

Air Untuk Bersuci

Air yang terbaik untuk bersuci ialah air mutlak. Maksud air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan. Ia terbaik digunakan untuk berwuduk, mandi wajib dan beristinjak. Air mutlak ada tujuh jenis iaitu:

(i) Air hujan
(ii) Air laut
(iii) Air perigi
(iv) Air mata air
(v) Air salji
(vi) Air sungai
(vii) Air embun

Bahagian-Bahagian Air

Air terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

+ Air mutlak
+ Air mutanajjis
+ Air musta'mal
+ Air musyammas
+ Air mutaghayyir
+ Air muqaiyad

Adab Masuk Tandas

1. Langkah dengan kaki kiri sambil membaca dua ketika masuk tandas:
2. Jangan mengadap atau membelakangkan kiblat.
3. Jangan membawa tulisan nama Allah atau Al-Quran.
4. Gunakan alas kaki dan tutup kepala.
5. Setelah selesai, sunat membaca doa:

Hikmah Beristinjak

+ Membersihkan tubuh badan
+ Memberi keselesaan
+ Boleh menunaikan ibadah dengan penuh yakin
+ Menjauhi penyakit

terima kasih untuk sumber>>http://www.al-azim.com/~beringin/agama/beristinjak.htm

saya inginkan kepastian, doa yg dinyatakan itu wajib atau sunat? atau adakah doa2 lain semasa beristinjak.tambahan adap2 lain? harap dapat dibincangkan secara serius topik ni.
 
Sponsored Post

nasuha_2007

Active Member
Joined
Aug 8, 2007
Messages
1,996
Reaction score
2
Points
25
perkongsian yg sgt bermanfaat utk perkara asas
bab thoharah dlm agama :)paid
 
abdul_ir

Super Active Member
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,738
Reaction score
37
Points
70
saya inginkan kepastian, doa yg dinyatakan itu wajib atau sunat? atau adakah doa2 lain semasa beristinjak.tambahan adap2 lain? harap dapat dibincangkan secara serius topik ni.
__________________
 
maibee71

Super Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
6,785
Reaction score
17
Points
65

doa itu sunat tetapi niat bersuci itu yg wajib.
 
Last edited:

Doa masuk kluar tandas pun ada. Hukum haram mengadap atau membelakangi kiblat hanya terpakai di tempat yg terbuka. Kalau tertutup tidak mengapa.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register