BTC USD 62,810.7 Gold USD 2,650.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berinai Dan Air Wuduk

AIR WUDUK YG DI AMBIL SAH ATAU TIDAK?


  • Total voters
    0

usop_shippuden

Fun Poster
Messages
480
Joined
Dec 5, 2009
Messages
480
Reaction score
52
Points
20
Berinai Di Jari..Air Wuduk Sah Atau Tidak???
http://syazwansafain.blogspot.com/2009/10/hukum-berinai.html
Hukum Berinai

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki

Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram:

Maksudnya: "Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Za'faran (kuma-kuma) adalah sejenis daun tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan warna serta berbau harum.

Dilarang memakai za'faran (kuma-kuma) bagi lelaki adalah kerana warnanya bukan baunya, kerana memakai benda yang harum bagi lelaki adalah disunatkan. Daun inai itu sama seperti za'faran dari segi mengeluarkan warna dan bau.

Tambahan lagi, perbuatan berinai pada tangan dan kaki itu di dalamnya unsur-unsur menyerupai atau meniru-niru cara kaum wanita berhias. Haram hukumnya perbuatan meniru-niru atau menyerupai antara lelaki dan perempuan sebagaimana ditegaskan di dalam sebuah hadis sahih:

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu Anhuma beliau berkata: "Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau meniru-niru kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau meniru-niru kaum lelaki." (Hadis riwayat Bukhari)

kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat....

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah saw, katanya: Maksudnya: “Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah saw tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya. Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi
bukan dengan warna hitam, kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah saw dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah saw bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara
perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat

Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh

Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram

Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami...


berkenaan berinai seperti tatu pula memang pernah dikeluarkan oleh JAKIM bahawasanya berinai dengan cara melukis-lukis ditapak tangan atau tempat2 yang selalu dilakukan oleh adat orang melayu apabila berkahwin adalah haram dilaknat Allah s.w.t.

kenyataan yg aku bold kan itu ialah berinai rambut..bukan tangan(kalo salah tolong tunjukkan..)
tambahan
Bagi wanita: Boleh menginai jari dan tangan bagi wanita yang telah berkahwin untuk tujuan berhias bagi suami...adapun wanita yang masing bujang, tidak dibenarkan kerana tidak ada tujuan yang syarie bagi berhias...untuk ditunjuk kepada siapa? kepada org ramai.. tentu sekali haram...trend masakini yang menginai tangan dengan corak2 dan bunga2an, tidak dibenarkan kerana ia akan mendatang fitnah kepada lelaki yang bukan mahram. Bagi tujuan berubat, hukumnya harus seperti laki-laki.
 
Last edited:
Sponsored Post

fuhhh... Aku ingatkan inai jari..

Jari ku berinai...

jari pun tak bolehla...cube bace balik
amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya. Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi
bukan dengan warna hitam, kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh jabir bin ‘abdullah radhiallahu ‘anhuma:
KANTOI..;)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register