BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beriklan @ Amran dan Rakan-rakan

ipp

Active+ Member
Messages
4,916
Joined
Jan 28, 2010
Messages
4,916
Reaction score
60
Points
30
Amran dan Rakan-rakan adalah satu kisah perjuangan 4 orang pemuda sekampung dalam usaha mencapai cita2 mereka.
pelbagai cara mereka lakukan demi merealisasikan hasrat murni mereka itu.
apakah mereka akan berjaya?

haha.. macam poyo je ceritanya kan..? :))
jenguk sendiri la ya.. klik link ini..

kisah ini mula ditulis sejak tahun lepas, namun sampai sekarang cita2 mereka masih belum kesampaian..
tapi dah tak lama lagi sampai la kot.. insyaallah..

trafik agak memberangsangkan.. terutamanya bila ada update..
mengikut statistik semasa, thread ini top 5 ranking bilangan views dalam seksyen santai..
attachment.php


tempoh siaran : 16/06/2013 - sekarang masih panas
bil. views setakat ini : 117,251
bil. replies setakat ni : 2,302
bil. forumer yg pernah reply :170 tak termasuk tuan tanah kedaun
bil. silent reader dan visitor non-member : tak diketahui

format pengiklanan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki bernama Amran. beliau bekerja sebagai penoreh getah separuh masa di kebun getah pusaka tinggalan datuknya. sepenuh masa pula, beliau adalah seorang kutu rayau yang berjaya. beliau telah berjaya merayau hampir ke setiap pelusuk daerah Kuala Pilah.
kejayaan beliau sebagai kutu rayau sering menjadi buah mulut orang kampung. terutamanya emak beliau sendiri.
"ontah ke mano la meghayau eh budak Amran ni.. suruh motong, siap duo pokok toghuih hilang.. apo nak jadi la budak bertuah ni.." bebelan standard Makcik Kiah mengulas kejayaan anak bujangnya. dan secara standardnya juga, audien setia bebelan Makcik Kiah itu hanyalah Pakcik Latif iaitu suami kesayangannya dan Nora, adik Amran. biasanya, semasa Makcik Kiah membebel, tiada seorang pun antara mereka bertiga yang tahu lokasi semasa Amran.
namun mereka maklum, Amran akan pulang sebelum waktu makan malam. itu janji Amran kepada emaknya yg tersayang dan dia tak pernah mungkir. walaupun kadang2 dia pulang pukul 11 malam, dia akan segera bertanya pada sesiapa ahli keluarganya yg belum tidur.. "nasik ado laie tak? lom makan laie ha..."

tepek iklan link thread kat sini..

suatu pagi, selepas Amran berjaya menoreh tujuh batang pokok getah, satu suara memanggil namanya dari jauh. Amran segera menoleh. Razak tersengih2 melangkah di celahan pohon getah untuk mendapatkan Amran.
"Bahau jom..." kata Razak bila dah cukup hampir dgn Amran.
"gilo.. jauh tu. buleh tercabut lutut kut berjalan poi Bahau. tak koso den doh.." jawab Amran dgn ikhlas.

> iklan hanya dalam bentuk perkataan sahaja. TIADA GAMBAR demi tidak mengganggu pembacaan pembaca
> iklan anda merupakan link ke thread bisnes anda atau blog atau fb atau apa saja link
> satu episod terhad untuk memuatkan maksimum 3 iklan sahaja. 1st come, 1st serve

pakej yang ditawarkan..
> 1 episod : rm0
> 2 episod : belum dibuka untuk tawaran
> 3 episod : belum dibuka untuk tawaran
> 20 episod : tak akan dibuka untuk tawaran

senang cakap.. FREE UNTUK SEKALI IKLAN dalam 1 episod.. :)cgrock

DIULANG.. FREE!!!
jadi.. jangan fikir panjang sangat.. rebut sementara orang lain belum rampas..

untuk siaran iklan lanjutan, saya tak pikir lagi..
alahai.. tempah satu tapak je dah la.. hehhe..
saya bukan nak buat bisnes sangat.. (sekurang2nya bukan sekarang..)
cuma nak bagi peluang kat para peniaga di cg untuk menyampaikankan produk mereka kepada perhatian para pembaca thread kisah Amran dan Rakan-rakan tersebut..

segala urusan menempah tapak iklan, sila berurusan di dalam thread ini..
sila QUOTE POST #10 dengan menyertakan link thread/website anda serta tagline yang berkaitan..
penempah berjaya akan diupdate dalam POST #2..

selamat beriklan.. :)cgrock:)cgrock
 

Attachments

Last edited:
boleh pulak cam tu yer, ingat cukup dah dengan siggy

tapi bagus ar sebab Free
 
pulak dah..mantap marketing bro..haha
 
untuk menepek iklan, sila quote mesej ini.. suapaya lebih menarik perhatian saya..

saya nak menepek iklan PERCUMA seperti berikut..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register