zaberi
Active Member
- Messages
- 2,087
- Joined
- Jan 15, 2008
- Messages
- 2,087
- Reaction score
- 36
- Points
- 30
Perlembagaan Malaysia Sudah Lapuk!
Akta Kediaman Terhad yang sedang dibentangkan untuk pemansuhan oleh Najib ini memang sudah lapuk. Namun Perlembagaan Malaysia adalah jauh lebih lapuk! Ini kerana, perlembagaan yang diwarisi daripada penjajah serta sentiasa dimodifikasi oleh ahli Parlimen ini merupakan cetusan daripada akal manusia yang serba serbi terbatas. Dasar Perlembagaan yang berteraskan sekularisme, pastinya tidak mengambil kira kehendak Sang Pencipta ketika dibahaskan. Malah, sekiranya kita belek Perlembagaan Malaysia satu persatu, tiada satupun undang- undang dasar di situ yang bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Semuanya didasarkan kepada prinsip sekularisme serta bertunjangkan demokrasi untuk sesuatu undang- undang dikuat kuasakan. Sedangkan Allah telah berfirman mengenai sesiapa yang berhukum dengan hukum yang bukan daripada Allah:
“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):47].
Oleh itu, bukan sahaja Akta Kediaman Terhad sahaja yang perlu dimansuhkan, bahkan Perlembagaan Persekutuan secara keseluruhannya harus dimansuhkan dan digantikan dengan syariat Islam yang sentiasa relevan hingga ke akhir zaman. [Sila baca Sautun Nahdhan Siri ke-276 sebagai lanjutan].