cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Nor Zabetha
23 Jun jam 8:05 PTG ·Saya sendiri baru tahu, kaedah baru penipuan yang sedang popular sekarang. Terkejut juga saya, ada kaedah licik begini. Licik dan siapa-siapa pun boleh terkena.
Maklumat ini dikongsikan oleh ASP Nor Sharina dari Bukit Aman sewaktu temubual dalam sesi Iris Wanita yang dihoskan oleh Yana Samsuddin dan Azura yang bersiaran setiap Ahad jam 11 pagi.
Katanya antara kaedah yang digunakan sekarang adalah misalnya scammer ini kononnya mengiklankan satu barangan. Kemudian kita berminat hendak membeli.
Jadi scammer ini akan mendapatkan nombor telefon kita dan menghubungi kita melalui whatsapp, misalnya. Selepas itu, dia akan memberikan link malware untuk meneruskan pesanan dan buat bayaran.
Bila kita terima link malware dan kita tekan kerana kita sangkakan ini kaedah bayaran yang sepatutnya.
Kemudianya dari link malware ini akan keluar front page bank tetapi sebenarnya ini penipuan. Kita yang terpedaya masukkan username dan password. Dari sini, si scammer sudah dapat maklumat username dan password kita di bank.
Berdasarkan maklumat ini, mereka boleh akses akaun kita sendiri tanpa pengetahuan kita dan menyemak baki akaun kita. Seterusnya untuk memindahkan wang, mereka perlukan TAC nombor pula.
Sistem yang sama juga bila berada dalam telefon kita kerana link malware yang kita tekan tadi, boleh mengesan beberapa aktiviti lain dalam telefon kita. Antaranya mesej-mesej TAC nombor dan beberapa info lain.
Jadi selepas si penipu sudah mendapat username dan password, dia akan buat transaksi sendiri dan apabila TAC nombor dihantarkan, dia juga dapat kesan.
Maka berlaku transaksi tanpa pengetahuan kita, boleh jadi sehingga puluhan dan ratusan ribu. Sedar-sedar kita semak akaun, habis licin semuanya. Itulah antara kaedah scam terkini.
Hati-hati semua. Pesan kepada ahli keluarga, supaya sentiasa berhati-hati. Kalau terdapat tawaran jualan barangan yang mencurigakan. Harga murah sehingga tidak logik, biasanya tawaran begini buat kita lupa untuk berwaspada.
Jangan gunakan link yang diberikan selain dari website rasmi dari bank.
Jangan lupa saksikan rancangan Iris Wanita, setiap Ahad jam 11 pagi di TV1 untuk perkongsian berinformasi. Banyak yang dikongsikan oleh kami dalam slot bertajuk "Aduh! Tertipu lagi!"
Oleh Nor Zabetha