BTC USD 82,481.8 Gold USD 4,131.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Berguling tahan sakit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Keadaan mayat mangsa yang ditemui terbaring di tepi jalan berdekatan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga asing ditemui terbaring di tepi jalan kira-kira 200 meter dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dengan keadaan perut terburai, sebelum disahkan mati, dipercayai menjadi mangsa samun.

Mangsa dikenali sebagai Muzammel Hokque, 39, ditemui bersama dua beg plastik berisi barang makanan dipercayai baru dibeli dari pasaraya berhampiran

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu disedari oleh seorang pemuda, berusia 26 tahun yang melalui kawasan itu sebelum memaklumkan kepada polis Bukit Aman.

Menurut sumber, ketika ditemui, warga Bangladesh itu masih hidup namun hanya mampu mengerang sambil berguling menahan sakit selama kira-kira 20 minit sebelum disahkan mati oleh paramedik sebaik ambulan tiba.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa dipercayai di samun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di Jalan Silang.

Menurutnya, selain barang dibeli, turut ditemui dompet bersama pengenalan diri dan permit sah, namun tiada wang.

“Hasil pemeriksaan didapati terdapat satu bekas tusukan di rusuk kiri namun tiada kesan darah.

“Mangsa mungkin cuba menyelamatkan diri namun tidak sempat mendapat bantuan,” katanya.

Mayat kemudian di bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).


sumber:http://www.sinarharian.com.my/berguling-tahan-sakit-1.193502
 
bunuh sana bunuh sini

ape nak jadi la malaysia la ni.

nyawa manusia dah macam takde nilai..
 
walaupun mangsa pendatang
namun perbuatan terhadapnya
sangatlah kejam
 
kesian kat mangsa..mcm la mangsa tu kaya sangat..entah2 pekerja binaan je..beli barang pun jalan kaki je..dari jalan silang ke tempat kejadian tu jauh jugak..
 
jahat betolah sampai bunuh org tuh!!! nak rompak jgnlah sampai bunuh org.
 
ada ilmu ni kena tikam xde darah
 
dunia dah sampai pada penghujung nya....
YA ALLAH LINDUNGILAH HAMBAMU YANG LEMAH INI...AMIN....YA RABB...
 
hari2 kes bunuh.
apa nak jadi.
 
Back
Top
Log in Register