BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Beregu muda boleh layak

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Ketika Wong Pei Tty-Chin Eei Hui resah memikirkan apakah mereka mampu layak ke Sukan Olimpik 2012, ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam menunjukkan ada sinar buat beregu veteran itu selepas berjaya memperbaiki kedudukan satu anak tangga.

Daripada kedudukan ke-20 minggu lalu, pasangan itu kini naik ke tangga ke-19 dunia.

Namun, enggan meletakkan sasaran tinggi kepada diri sendiri sambil cuba bersikap realistik, Pei Tty percaya, pasangan sedang meningkat, Woon Khe Wei-Vivian Hoo tampak lebih berpeluang ketika ini.

Biarpun Khe Wei-Vivian memiliki ranking yang lebih rendah, di tangga ke-21 dunia, namun keupayaan mereka untuk mencipta kejutan mendapat sokongan beregu senior itu, apatah lagi kedua-dua pemain ini menyertai kejohanan yang lebih banyak.

"Kami tidak pernah mengalah dan akan terus berusaha keras selagi peluang untuk layak ke Olimpik masih ada, tetapi kami kena terima hakikat bahawa cabaran yang kami hadapi sekarang makin susah dan untuk kembali seperti dulu, ia hampir mustahil.

"Lutut saya sudah pulih sepenuhnya tetapi kerana faktor usia, ia menyebabkan kami sukar untuk menyaingi pasangan yang lebih muda. Saya masih memasang harapan tinggi untuk layak ke Olimpik tetapi ketika ini saya rasa, peluang Khe Wei dan Vivian nampak lebih baik.

"Kalau mereka boleh terus bermain dengan konsisten, saya percaya memasuki tahun baru mereka mungkin dapat memintas kami. Lagipun, sistem kiraan mata ranking lebih menyebelahi mereka dibandingkan dengan kami,'' kata Pei Tty.

Sekalipun Pei Tty-Eei Hui dan Khe Wei-Vivian berjaya menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada tarikh akhir kelayakan, hanya salah satu daripada mereka akan dipilih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di London.

Malaysia hanya boleh memiliki dua wakil ke temasya tersebut, andai kedua-dua pasangannya menempatkan diri dalam kedudukan lapan terbaik dunia, sesuatu yang dianggap Pei Tty sebagai mustahil.

"Mungkin kedua-dua kami boleh berada dalam kelompok 16 terbaik dunia menjelang tarikh akhir kelayakan tetapi hanya salah satu akan dipilih dan saya percaya, mereka yang berada pada ranking lebih baik akan menjadi pilihan BAM.

"Bagaimanapun untuk kedua-dua kami berada dalam kedudukan lapan terbaik dunia amat sukar. Sekarang kami kesuntukan masa, sekalipun masih boleh memperbaiki ranking beberapa anak tangga lagi tetapi tidak mungkin ia terlalu banyak dalam tempoh kurang lima bulan,'' ujar Pei Tty lagi.

Hanya 16 beregu terbaik apabila tempoh kelayakan ditutup pada 29 April, 2012 layak membuat penampilan di Temasya London, yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos tahun depan.

Pei Tty, 30, masih bergelut untuk mencari rentak permainan bersama Eei Hui, sejak kembali daripada kecederaan lutut yang serius, Mac lalu.
 
Back
Top
Log in Register