akkula
Active+ Member
- Messages
- 2,689
- Joined
- Jun 22, 2013
- Messages
- 2,689
- Reaction score
- 438
- Points
- 51
Madinah: Seperti tahun sebelum ini, beberapa keluarga di Madinah berebut-rebut untuk menyediakan juadah buka puasa bagi 250,000 jemaah dan pengunjung Masjid Nabawi setiap hari, amalan yang menjadi tradisi sejak berabad lalu.
Hidangan itu disediakan di perkarangan masjid dengan bahagian khas untuk wanita.
Antara yang disajikan ialah daging, nasi, kari, buah-buahan dan jus.
Mereka memulakan kerja sejurus selepas solat Zuhur setiap hari. Ada yang memasak di rumah sebelum tengah hari. Ada yang membelinya di restoran dan mengarahkan pekerja menghantar dan menyusun makanan itu di masjid.
Keluarga itu juga berebut-rebut untuk memastikan hanya kurma terbaik disajikan kepada jemaah.
“Kami membuat perancangan untuk menyediakan buka puasa dua bulan sebelum Ramadan,” kata seorang penderma, Muhammad Baghdadi.
Menurut Muhammad, sudah menjadi amalan nenek moyangnya menyediakan makanan berbuka untuk jemaah di Masjid Nabawi secara percuma.
Lebih menarik lagi, katanya, cawan tembaga yang digunakan untuk menyediakan air dibasuh setiap hari dengan cecair pewangi bagi menaikkan aroma air yang akan disajikan.
Kurma terbaik dipilih dan disajikan dalam makanan istimewa, katanya.
Kebanyakan keluarga di Madinah menganggap menyediakan juadah untuk berbuka berpuasa di Masjid Nabawi sepanjang Ramadan sebagai satu penghormatan. Dan ada juga yang sanggup berdiri bersama-sama anak mereka, berebut-rebut membahagi makanan kepada jemaah di sekitar masjid itu pada sebelah petang, “Saya kagum dengan kesungguhan penduduk Madinah memberi khidmat kepada jemaah dengan menyediakan pelbagai makanan, termasuk buah dan minuman,” kata seorang jemaah umrah Algeria, Saeedi Abdul Ghani.
Pihak berkuasa pula hanya menyediakan hidangan berbuka kepada jemaah di dalam masjid. Ia terdiri daripada kurma, air zamzam, kopi dan roti. Makanan lain tidak dibenarkan dibawa masuk. - Agensi
kopi&pes